Dua
hari yang lepas saya telah ke stesyen bas SKMK Pasir Puteh untuk minum
di kantinnya kerana berdekatan dengan cc tempat saya guna internet.
Berlaku satu kejadian biasa tetapi tidak diingini oleh orang ramai.
Seorang budak perempuan telah ditinggalan bas untuk ke Kuala Terengganu.
Tiket bas Transnasional menunjukkan jadual perjalanan 2.55 pm sedangkan
masa itu baru 2.50 pm. Saya check jam tangan
saya, memang 2.50 pm tetapi bas dari Kota Bharu yang lalu tadi berhenti
sekejap sahaja dan terus jalan. Mungkin jam tangan pemandu bas itu
silap masanya atau dia tak pakai jam tangan.
Oleh itu saya nak cadangkan:
1) Semua pemandu bas expres pakai jam tangan dan periksa jarumnya setiap pagi sebelum turun rumah
2) Pihak penjaga stesyen bas hendaklah sentiasa mengumumkan ketibaan setiap bas ekspres macam di airport
3) Pihak penjaga stesyen hendaklah memastikan supaya pemandu bas
ekpress menunggu 5 minit sebelum berlepas untuk memberikan ruang masa
penumpang berjalan dari stesyen bas dan memuatkan barang2nya di bawah
perut bas.
Harap ada kawan2 yang boleh tolong sampaikan atau panjangkan rungutan ini kepada pihak SPAD.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment