Thursday, 12 December 2013

Janji Wakil Rakyat BN (siri 2)

copy and paste emel yang baru saya terima dari YBhg Dato' Riduan Junoh JP
orang Semerak
mengenai wakil rakyat BN Semerak.....

Saudara Wan M,
Setelah saya baca blog saudara dan ingin membuat sedikit komen mengenai sikap YB Semerak dan juga Penyelaras DUN Semerak, sebagai saya seorang yg berasal dari DUN tersebut juga berasa terkilang diatas sikap YB kita yang banyak cuba mengelakkan diri dari Melawat Kematian,org uzur dan sakit,Perkahwinan dan bertemu mata dgn pengundi2 dan bukanya hanya berjumpa hanya beberapa kerap saja org yg dia ingin berjumpa juga hanya berberapa kedai kopi saja pilihannya untuk disinggah oleh beliau.Dalam tahun 2013 ini adalah tahun yang banyak membuat saya sabar akan kententuan Allah SWT menghadapi beberapa kematian dari Mak Sepupu,Sepupu,Bapak Saudara,Abg Ipar dan terbaru abg tersayang saya Arwah Sub-Insp.55277 Omar, kesemua kematian ini saya diberitahu oleh saudara saya batang hidung YB pun tak pernah nampak begitu juga Penyelaras DUN Semerak kenapa perkara ini berlaku? Tidakkah dia berfikir kesemua arwah mereka itu adalah pengundi yang telah memangkah bagi kemenangannya diDUN Semerak ?.Apakah Moto UMNO Rakyat Didahulukan,Pencampaian Diutamakan telah dilupainya?.Apa kah kesinambungan pemimpin terdahulu tidak diikuti, atau atas nasihat penasihat perosaknya,?

Saya banyak memainkan peranan dibelakang untuk UMNO PP sejak dulu lagi, saya juga penderma dikawasan kampung saya,kiranya ingin bertanya mengenai input saya dan jasa saya,bolehlah bertanya kepada Mantan KB Dato KMN,Mantan MP Dato Che Min,

Lawatan dan ziarah adalah tanggung jawab Wakil Rakyat dikawasan tersebut, tengok contoh Pengerusi Perhubungan Negeri Kelantan, walaupun beliau sibuk diPusat sebagai Menteri MITI, keluangan masanya dapat dia uruskan dengan baik, diharap YB kita belajar dari beliau macamana ingin menguruskan masa yg sangat limit itu.Jangan kita bermegah dgn hanya menawan 2 kerusi DUN dan menganggap diri kita Hero,

Tentang Penyelaras DUN Semerak sepatutnya dipeggang oleh YB itu sendiri bukanya diberi kpd Bendahari.pengundi dikawasan yang diwakilinya ingin berjumpa dgn YB bukanya Penyelaras DUN bagi membuat aduan atau ingin meminta tulong sekiranya ada.

Sekian Terima Kasih.

Dato Riduan JP.

No comments:

Post a Comment