Sunday, 22 September 2013

Terbitan Khas

Komen-Komen Pilihan Dalam Facebook (siri 10)

Di dalam keghairahan ahli UMNO menentukan calun calun mereka menang bertanding, dan dalam keghairahan calun2 mempamirkan kelebihan masing2 dan menyatakan sebab dan alasan kenapa mereka mahu memegang jawatan2 yang di pertandingkan, saya melihat hasrat dan cita2 nak lihat UMNO diremajakan dan digandingkan yang tua, muda dan yg baru tidak menjadi kenyataan sekiranya pertandingan ini terutama 25 jawatan MT dilalukan secara free for all. Oleh itu saya nak cadangkan supaya konsep kuota di perkenalkan. Ini bermakna 15 jawatan MT di khususkan kepada Penyandang, 5 kepada tokoh yg baru mencuba nasib atau yg belum berjaya memenangi kerusi MT tersebut walaupun pernah cuba sebelum ini dan 5 kekosongan lagi dikalangan pemimpin muda. Biar mereka bertanding di dalam kelompok mereka sendiri dan sudah pasti hasilnya yg terbaik dari kelompok tersebut tampil sebagai pemenang. Dgn ini satu gandingan yg terbaik dan mantap akan lahir utk membantu pemimpin tertinggi UMNO yg sahih telah di menangi oleh DS Najib sbg Presiden dan TSM selaku Timb Presiden untuk membawa UMNO menghadapi PRU 14 nanti. Hidup UMNO!!

No comments:

Post a Comment