Komen-Komen Pilihan Dalam Facebook (siri 22)
Assalamualaikum
dan selamat pagi. Pagi ini saya terasa sayu, bila minum pagi di Tanglin
di Belakang Masjid Negara.. seorang yang saya kenal sebagai ahli UMNO
di Bahagian saya di Bdr Tun Razak, membayar minum pagi saya, walau pun
nilai yang saya minum tidak mahal tetapi pembayaran itu menginsafkan
saya akan sekian lama, saya sedari bahawa ada juga ahli2 UMNO yang
menghargai saya. Salepas membayar minuman
saya.. dia datang berjumpa saya dan berkata.. Saya akan undi tuan kedua
sekali, Naib Ketua UMNO Bahagan dan Majlis Tertinggi, saya pun dah
minta yang lain undi tuan, ujarnya. Saya kata padanya, saya mohon maaf
kerana tidak berkempen dan berjumpa perwakilan UMNO Bahagian dan juga
bagi wang. Dia membalas kata saya sebelum pergi, mereka itu gunakan wang
untuk tidak berkerja dan berkhidmat saperti tuan. Alhamdulilah ada juga
ahli UMNO yang masih boleh berfikir dikawasan saya.
No comments:
Post a Comment