Sunday, 22 September 2013

Terbitan Khas

Pemilihan UMNO Bahagian Pasir Puteh (siri 18)
Komen Pilihan Dari Facebook

Saya melihat dari jauh perkembangan sihat demokrasi UMNO PASIR PUTEH, apatah lagi dalam musim pemilihan Umno pada tahun ini
Saya telah mencatat sejarah tersendiri buat pertama kali tidak akan terlibat dalam menjadi perwakilan cawangan.jawatan ketua cawangan SEMARAK A disandang olih saya bermula tahun 2000 sehingga 2013 telah saya lepaskan kepada penganti yg lebih muda. Yg saya berpendapat
Akan lebih bersemangat dalam meneruskan perjuangan parti di peringkat cawangan dan seterusnya akan membantu Umno bahagian pasir puteh mencapai kejayaan.saya tetap bersama UMNO KINI DAN SELAMANYA.Untuk pemilihan diperingkat Umno bahagian pasir puteh pada tahun ini saya telah membuat penilaian tersendiri sebagai ahli Umno yg sayangkan parti lebih dari segala galanya.saya mengharapkan semua peringkat pemimpin yg telah menawarkan diri untuk bertanding pada kali ini dapat memberi penghayatan demokrasi yg sebenar benarnya
Demi menjaga ahli dan perjuangan UMNO.kita semua ingin melihat pemilihan kali ini bukan pemilihan individu juga bukan ingin mengekalkan kuasa individu,pemilihan adalah asas untuk mencari pemimpin pemimpin yg akan menerajui UMNO PASIR PUTEH dalam semua sudut bidang kemahiran,baik dari Agamanya,pendidikannya,pengentahuan ekonominya, pentadbirannya,tingkah lakunya,hubungan kemasyarakatannya dan lain lain Ciri yg ada pada seorang pemimpin,dan yg lebih penting dapat membawa ahli dan rakyat sayangkan perjuangan UMNO.saya telah memberi sokongan yg padu kepada YB ZAWAWI OTHMAN ADUN SEMERAK dengan menyokongnya dalam PRU 13.dan sentiasa menghormatinya selaku KETUA BAHAGIAN PASIR PUTEH ketika ini.dalam pemilihan pada tahun ini DATUK HJ KAMARUDDIN MD NOR sekali lagi telah menawarkan diri Untuk jawatan KETUA UMNO BAHAGIAN PASIR PUTEH.juga merupakan seorang yg pernah berjasa kepada UMNO PASIR PUTEH, juga merupa seorang pemimpin yg sampai kesaat ini masih saya menghormatinya.Persoalannya pertembungan ini dapat dilihat dengan sudut yg lebih luas
Dari kaca mata ahli ahli parti yg telah mengamanahkan tugasan kepada perwakilan untuk menilai kepimpinan mereka berdua.saya mengharapkan semua pihak membuka seluas luasnya minda agar tidak ada perasaan prajudis terhadap ahli ahli parti serta perwakilan dalam menentukan pemilihan ini.marilah kita mulakan era tranfomasi ini dengan tidak menuding jari serta menyalahkan orang lain kerana sayangkan UMNO lebih dari segala galanya,PEMIMPIN SILIH BERGANTI biarlah UMNO terus relivan buat rakyat MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment