Saturday, 15 November 2014

Muafakat Keselamatan Semerak

ada sesuatu yang sangat menggembirakan saya dan orang2 semerak pagi ini apabila saya menerima satu penjelasan daripada cikgu rozaki bakar mengenai isu keselamatan dan kesejahteraan di kawasan semerak
berikut ialah copy & paste dari thread status saya dalam Facebook....

Rozaki Bakar
Pencerahan utk abe Wan Malek, perancangan perjumpaan pd 22 nov di smkcr tu tidak kaitan langsung dgn KRT Cherang Ruku, malah perjumpaan itu adalah hasil inisiatif dan cetusan idea dari beberapa orang yang mewakili 4 mukim kg lembah, kg besar, ketereh tugal, cherang ruku adalah susulan daripada isu keselamatan akibat dpd jenayah pecah rumah, samun n curi yg amat kritikal di kawasan semerak. Perjumpaan yg dircg itu adalah hasil dari mesyuarat yg telah dilakukan sebanyak 3 kali termasuk sekali bersama ketua polis ipd yg baru dgn kehadiran semua ketua2 cawangan di ipd yg berpangkat asp. Tujuan adalah utk menghalang dan mengurangkn jenayah di atas dengan kerjasama penduduk secara sukarela. Jkuasa penaja pun di namakan Muafakat Keselamatan Semerak, bergerak secara sukarela tanpa ada mana² tajaan. Moto pakat² jaga. Jadi tidak ada sedikit pun kaitan dengan KRT cherang ruku.
17 hrs · Unlike · 1


Wan Malek
terima kasih cikgu, ini lagi bagus sebab sememangnya orang ramai sudah tidak ada keyakinan terhadap KRT, syabas dan teruskan usaha murni ini, saya sokong secara menulis


komen tambahan saya:-
saya sudah awal2 dan beberapa kali sebelum ini memberikan peringatan kepada JPNIN supaya isu KRT Cherang Ruku (Semerak) dibuat penyelesaian segera. Jika tidak, orang ramai akan bertindak sendiri dengan menubuhkan 'KRT' lain sebagai ganti. Sekarang sudah terbukti mereka sedang lakukannya dengan menubuhkan 'Muafakat Keselamatan Semerak' secara sukarela tanpa sebarang kaitan dengan mana-mana jabatan atau agensi kerajaan pusat kerana JPNIN mengambil masa yang terlalu lama hingga sekarang pun belum diselesaikan juga lagi.
Ini membuktikan juga bahawa JPNIN tidak sensitif dan pro-aktif dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk rakyat apabila gagal melaksanakan tanggungjawabnya secara 'efficient' dan 'effective' melalui KRT. Suara rakyat tidak diambil utama maka orang ramai pun mengganggap ianya sebagai kegagalan besar JPNIN kerana melengah-lengahkan tindakan yang diingini mereka untuk memperbetulkan sesuatu yang salah.
Kewujudannya dirasakan seolah-olah tidak lagi membawa sebarang faedah kepada rakyat.  

No comments:

Post a Comment