Thursday, 28 November 2013

Bekas Presiden ABIM Dengan Anaknya Yang Telah Pergi Buat Selama2nya


Akhirnya aku tewas juga. 26 hari aku memendam perasaan, kesedihan, kepiluan akan pemergian Ammar, dalam Rancangan Pencetus Ummah, Astro Oasis malam tadi, aku tak dapat menahan sebak dan menangis 'live' di TV! Sesuatu yang luarbiasa telah berlaku dalam diriku!

Sedang aku telah bertekad dalam diriku bahawa sesi ini akan ku gunakan untuk menyuntik semangat agar meneladani Ammar, bukan untuk ditangisi.

Namun ketika aku menyebut, "saya mengharapkan agar Ammar yang akan menyembahyangkan jenazah ku nanti," tiba-tiba aku menjadi begitu sebak dan sayu sehingga tak terkawal lagi perasaan ku ini. Airmata jatuh berderai, suaraku menjadi sayup, hampir tidak kedengaran.

Aku dapat rasakan bahawa Dewan KUIS tempat berlangsungnya Rancangan Pencetus Ummah juga merasai akan kesedihanku yang terzahir tanpa dapat ku kawal.

Aku memohon ma'af kerana gagal melawan perasaanku ini. Sepatutnya, aku yang terkenal sebagai pencetus semangat perjuangan umat di kalangan ahli PKPIM, ABIM dan juga GPTD akan menampilkan suatu citra yang hebat , gagah dan tidak menunjukkan emosi walau dalam keadaan apa sekalipun, tetapi kali ini aku pasrah, aku tewas!

Sebaliknya, isteriku Nur Azlina telah berjaya melakukan sesuatu yang sepatutnya aku lakukan. Dia begitu bersemangat menyampaikan isi hatinya dengan begitu berkesan sekali! Inilah sesuatu yang luarbiasa yang berlaku dalam keluargaku sejak peninggalan Ammar. Kalau isteri yang kehilangan anak menangis dan sebak, itu biasa! Kalau suami nampak tenang dan bersahaja, itu juga biasa! Tetapi kalau sebaliknya berlaku, itu luarbiasa!

Jauh di sudut hatiku, aku bangga dengan isteriku ini. (Kalau ada mana-mana pihak nak jemput berceramah lepas ini, jemputlah isteriku, aku malu nak menangis lagi dikhalayak ramai apalagi 'live' di television..hehe...)

Selamat menghayati Hari Jumaat yang mulia.
— with Nur Azlina and Ahmad Ammar.

No comments:

Post a Comment