Monday, 4 November 2013

Orang Kampong Juga Yang Susah

(yang ni utk orang2 lama komen, yg tadi tu utk orang2 muda komen, gambar syiling lain2)
Orang kampong dulu2
tak susah jika takdak wang
baloh di depan rumah padinya penuh
idak ke irik dan lesungkan sahaja
ubi kayu dan pucuk bersirik di pagar
idak ke cabut dan petik sahaja
ikan tak ada ayam kampong boleh sembelih
telur tak ada udang galah besar2 di sungai
tahan gogoh makan tak habis
bekalan letrik tak ada
pelita ayam memberi cahaya
bekalan air tak ada
telaga mineral banyak airnya
semuanya percuma atau pree di sekeliling rumah
tak payah hungga gi bayar bil ke postopis
sekarang
semua nak pakai wang
itu sebabnya orang dulu2 tak pernah runsing
orang sekarang terus runsing
jika wang takdak
sebab semua perkara pakai wang
kecuali cikgu2 dan pegawai2 sahaja
atau yang ada tanah, lembu kerbau dan lain2
sebab itu bila harga barangan naik
yang bermula dengan naiknya harga minyak
walaupun 20 sen sahaja
orang2 kampong bertambah risau
walaupun dijanjikan dengan kata2
'GST tidak akan libatkan barangan keperluan asas'

No comments:

Post a Comment