Monday, 25 November 2013

Borang Jawatan Pengerusi JKKKP


Sekarang musim orang mengisi borang
borang yang dimaksudkan ialah
borang nak jadi tuk ngulu BN
Kapt (B) Wan Marzudi JP sebut 'tok mulu'
nama rasmi jawatan ialah Pengerusi JKKKP
tuk ggawo pulak dipanggil
Pentadbir Mukim
maka ada yang pergi meminta borang
ada yang tidak tetapi dikirim dan menerimanya di rumah
ada sesetengah mukim itu sampai 3 orang calon
termasuk jugalah orang lama
Nasihat saya:
diharap pihak yang berkuasa membuat pilihan tepat
terutamanya Ketua UMNO Bahagian
pilihlah dari kalangan mereka mengikut kriteria berikut:
1. pilihan Cawangan
2. pilihan orang ramai
3. rajin
4. mudah orang ramai berjumpa
5. ada sekurang2nya SPM
6. tidak sombong
7. tidak menggunakan kedudukan untuk kepentingan diri
8. berusia lebih 35 tahun (kecuali tiada)
9. tidak suka mengambil kira sangat latar belakang anak mukim dari segi pegangan politiknya bila berurusan
10. ada sikap suka membantu
11. penyabar

No comments:

Post a Comment