saya heran
perkataan ini selalu disebut penuh mulut
'kerajaan akan membantu'
'kerajaan akan membela'
setiap kali diwawancara oleh wartawan tv
bagi saya
memang kerajaan kena bantu
dan kena bela rakyat
kalau kerajaan tak bantu
dan tak bela
siapa lagi yang nak bantu dan nak bela?
buat apa rakyat bagi mandat kpd mereka untuk jadi YB
jadi PM
jadi TPM
jadi Menteri
jadi Timbalan Menteri
dan jadi ahli parlimen?
bukankah sudah sememangnya tugas dan tanggungjawab mereka
untuk membantu dan membela?
kenapa pulak diperlihatkan seolah2 rakyat yang harus meminta2?
dan mahu atau tidak mahu membantu dan membela
seolah2 terpulang kpd pemimpin?
No comments:
Post a Comment