Friday, 1 November 2013

Mana Menteri Belia?

Puisi Orang Kampong:
Anak2 muda melayu semakin hari semakin liar dan terbiar
merekalah yang berlumba motor sambil meniarap
sambil diperhatikan oleh belia2 cina dan india
merekalah yang berlumba motor sambil angkat tayar depan
sambil diperhatikan oleh belia2 cina dan india
merekalah yang menjadi mangsa pengedar pil kuda
sambil diperhatikan oleh belia2 cina dan india
merekalah yang duduk berjam2 di warong2 sampai pagi
sambil diperhatikan oleh belia2 cina dan india
entah isu politik apa yang dibincangkan tidaklah diketahui
merekalah yang mencuri motor dan kereta jika pemiliknya cuai
merekalah yang menceroboh masuk rumah orang untuk mencuri
kalau tak boleh masuk
besi longkang atau pentup tangki najis pun jadi
asalkan ianya besi yang boleh ditimbang
merekalah yang memotong kabel2 telefon awam sehingga TM pun terpaksa mencabut semula tiang2nya untuk disimpan dan pengguna pun tidak boleh lagi menikmati kemudahan itu
tidak mustahil satu hari nanti kabel2 elektrik pula yang akan dipotong
kerana mereka bijak mencari jalan melakukan 'vandalism' dengan selamat
mereka adalah generasi lepasan sekolah
yang tidak menyambung belajar kemana2 disebabkan kelulusan yang rendah
dan tidak juga diterima bekerja kerana tidak layak dan tiada pengalaman
juga kerana malas dan memilih pekerjaan
apa pun
sampai bilakah masalah golongan ini hendak dbiarkan
ibubapa pun sudah tidak boleh berbuat apa2
dimana program kementerian belia untuk menangani masalah mereka?
mengapa pemimpin2 asyik dengan agenda untuk megahkan nama negara sahaja dimata dunia?
sedangkan kualiti anak2 bangsa sendiri semakin hari semakin merosot?
apakah pemimpin kita tidak menyedarinya?
kerana tidak pernah masuk kampong dan tinggal bersama orang2 kampong?
hanya datang sekejap untuk rasmikan sesuatu majlis sahaja?
dan mengharapkan jentera yang ada sahaja untuk memberikan laporan?
sedangkan anak2 jentera itu sendiri pun terlibat sama
dan jentera itu pun hanya mementingkan elaunnya sahaja
atau mengharapkan pihak berkuasa sahaja untuk menanganinya?
sampai bila?
sampai bila?
sampai bila?

No comments:

Post a Comment