Kesan
Perubahan Sistem Pemilihan UMNO 2013
150
ribu orang ahi UMNO telah diberikan peluang untuk memilih dalam sistem yang
baru ini. Perbezaannya sangatlah besar dan ketara kerana sebelum ini hanya 3
ribu sahaja yang diberikan mandat untuk membuat pilihan bagi pihak 3 juta ahli
UMNO yang lain.
Inilah
asas ‘transformasi’ dalaman UMNO yang telah diperkenalkan oleh Presiden parti. Disamping
membasmi ‘politik wang’, tujuan paling utamanya ialah untuk mempamerkan betapa
UMNO benar-benar mengamalkan demokrasi bermula dari dalam partinya sendiri.
Oleh itu, sebagai sebuah parti utama yang membentuk kerajaan yang ada, maka
amalan ini sudah tentulah diamalkan dalam sistem pemerintahan secara benar
juga.
Inilah
yang paling utama. Segala-galanya nampak bagus dan baik. Namun, setiap sistem
yang baru diperkenalkan sudah tentulah tidak boleh lepas dari kesilapan.Samalah dengan 'experiment'. Maka
dalam kaitan ini, saya bersetuju jika ada orang yang berkata bahawa 150 ribu
undi itu belum tentu boleh membawa makna atau persepsi bahawa UMNO melalui BN akan
mencapai kejayaan yang lebih besar dalam PRU14 nanti. Bagi mereka, jumlah 150
ribu itu bukan angka yang boleh dibandingkan atau dijustifikasikan dengan 14 juta pengundi di luar sana
dalam pilihanraya nanti.
Setelah
selesai pemilihan dan diputuskan siapa yang memimpin parti pada kali ini, sudah
tentulah UMNO akan mengorak langkah kearah menghadapi PRU14 pula. Kepimpinan
dan jentera baru akan berpadu tenaga dalam persiapan untuk menghadapinya.
Mereka akan berbaris dalam satu barisan dengan lebih yakin tetapi tidak
menyedari bahawa cabaran atau tentangan yang akan ditempuh adalah lebih besar
daripada biasa. Parti-parti pembangkang akan menggunakan segala peluang yang
terhidang untuk dieksploitasi secara lebih agresif. Mereka akan menggunakan
peluang contohnya, untuk menyemarakkan lagi sentimen kebencian
pengundi-pengundi terhadap UMNO kerana mengekalkan sesetengah pemimpinnya yang
dianggap pernah ada kaitan dengan skandal-skandal tertentu, walaupun bukan
secara langsung. Imej UMNO akan diperlihatkan sebagai lebih buruk walaupun transformasi
dicanangkan kerana pemimpin-pemimpin yang sama juga masih lagi dikekalkan. Oleh
itu, transformasi UMNO tidak lebih dari indah khabar dari rupa. Sebaliknya,
mungkin sistem lama tidak memungkinkan pemimpin yang bermasalah itu menang dan
imej UMNO pun boleh dipelihara atau diperbaiki.
Sebagai
seorang rakyat biasa yang sentiasa memerhatikan perkembangan politik tanah air
tumpah darahku ini, saya rasa ada kemunasabahan dan kewajarannya jika kata-kata
seperti itu diperbesar-besarkan oleh pihak parti pembangkang nanti. Saya bukan bersetuju 100% dalam konteks itu
kerana saya lebih bersetuju jika ada orang berkata bahawa UMNO sudah tidak ada
pelapis kepimpinan yang mencukupi. Jika ada pun pelapis ini, mereka tidak
berada didalam keadaan cukup bersedia. Ini adalah kerana UMNO kurang memberikan
tumpuan dan keutamaan terhadap agenda mempersiapkan barisan pelapis yang layak
dan berkemampuan. Sebab itulah, 150 ribu orang perwakilan ini terpaksa memilih
orang-orang yang sama lagi walaupun mereka sendiri pun tahu orang-orang ini
sepatutnya digantikan.
Dengan
kata lain, saya pun tidak nampak sebarang perubahan yang ‘signicant’ akan
berlaku dalam PRU14 kecualilah perwakilan sendiri berani mengubah sikap mereka
dalam sesi pemilihan akhir nanti pada 19hb Okt ini untuk membuat perubahan
drastik dengan memilih pemimpin-pemimpin yang lain sebagai ganti kepada
penyandang, termasuk jugalah penyandang
diperingkat Bahagian. Ini adalah kerana kebanyakan pengundi lebih melihat
kepada siapa yang membarisi kepimpinan Bahagian berbanding kepimpinan pusat
disebabkan kepimpinan diperingkat inilah yang lebih dekat dan rapat dengan
mereka.
Contohnya,
untuk tujuan mewujudkan kesinambungan perjuangan yang lebih bermakna dan
berkesan, maka sokong dan undilah gandingan mantap YBhg Datuk Hj Kamaruddin Md Nor (Ketua), YBhg Tuan Hj Rujhan Hj Salleh
(Timbalan Ketua) dan YBhg Dr Sumardie Hj Hassan (Naib Ketua) untuk
membarisi kepimpinan utama UMNO Bahagian Pasir Puteh 2013/16. Gandingan inilah
yang disegani kawan dan lawan.
Wan
Ab Malek Bin Wan Noh
Penganalisis
dan Pengkritik Bebas
No comments:
Post a Comment