Saturday, 12 October 2013

Terbitan Khas



Pemilihan UMNO Bahagian Pasir Puteh (siri 33)

Keputusan telah ketahui untuk kepimpinan ketiga-tiga sayap UMNO Bahagian Pasir Puteh. Yang menjadi tumpuan ialah ketiga-tiga pemimpin sayap-sayap itu. Oleh itu, selesailah sudah perebutan di peringkat sayap. Sekarang semua orang mengalih tumpuan kepada perebutan diperingkat Bahagian pula. 

Sudah tentulah mereka yang menyokong penyandang Ketua akan bertungkus lumus bekerja untuk mengekalkan kuasa ketuanya. Sementara mereka yang menyokong pencabarnya pula bekerja untuk menarik lebih ramai lagi sokongan walaupun mengikut apa yang dilaporkan kepada saya, sokongan dari keseluruhan perwakilan sudah mencapai tahap boleh menang.

Bagi saya, siapa yang menang jawatan-jawatan Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri berserta AJKnya tidaklah sepenting siapa yang akan mengetuai Bahagian. Orang yang akan mengetuai Bahagianlah yang akan menentukan halatuju sebenar Bahagian. Jika Ketua yang sekarang dikekalkan lagi, ini bermakna tidak akan berlaku sebarang transformasi sepertimana yang dimahukan oleh pucuk kepimpinan parti diperingkat pusat. Sepenggal memegang kuasa sudah cukup untuk membuktikan bahawa penyandang sekarang tidak mampu membawa perubahan itu. Beliau tetap akan menggunakan kuasanya dengan sewenang-wenangnya lagi tanpa mengambilkira pandangan dan keputusan orang lain didalam Bahagian. Dari rekod perkhidmatannya, sangat banyaklah tindakan yang dilakukannya dengan cara yang salah.

Diantara contoh kepincangan kepimpinannya ialah beliau terlalu mengutamakan JKKKP dalam segala urusan politik dan kepartian. Sebenarnya ini tidak boleh dilakukan kerana dalam urusan politik, Cawangan-Cawanganlah yang sepatutnya diutamakan, bukan JKKKP. JKKKP sepatutnya berperanan membantu sahaja kerana mereka adalah dari golongan yang dilantik, bukan dipilih. Apa yang berlaku dalam tempuh UMNO Bahagian Pasir Puteh berada dibawah kuasa penyandang adalah sebaliknya. Keputusan tidak dibuat oleh Cawangan-Cawangan tetapi dibuat oleh JKKKP. Cawangan-Cawangan diketepikan sehingga ada Ketua-Ketua Cawangan merasa seolah-olah mereka tidak ada peranan dan tidak diperlukan kecuali pada musim pemilihan seperti ini sahaja.

Oleh itu, jika ahli-ahli UMNO Pasir Puteh mahu supaya Cawangan dikembalikan semula peranannya sebagai asas dan akar umbi parti, inilah peluangnya yang ada dihadapan mereka melalui perwakilan yang dipilih itu. Menggantikan pemimpin tertinggi parti dengan bekas Ketua adalah jalan yang terbaik. Beliau bukan orang baru dan sememangnya semasa UMNO Bahagian Pasir Puteh dibawah kepimpinannya sebelum ini pun, Cawangan-Cawangan sangat diutamakan, bukan JKKKP. 

Selain daripada itu, umum juga mengetahui banyak kecuaian dan kesilapan ketara atau ‘gross mistakes’ dalam beberapa perkara yang telah dilakukan oleh penyandang jawatan Ketua ini. Sebagai contoh, membiarkan seseorang menjadi calon bertanding diperingkat parlimen dalam PRU13 sedangkan calon itu sudah dua kali berturut-turut kalah sebelum itu. Sepatutnya, jika pun keputusan dibuat oleh pucuk kepimpinan parti, pembetulan harus dilakukan dengan cara bantahan. Namun, ini tidak dilakukan oleh penyandang bahkan membiarkan sahaja calon ini terus bertanding padahal beliau sendiri pun tahu kemungkinan untuk calon ini menang sangatlah tipis. 

Sebab itulah saya pernah menulis dulu bahawa terdapat dua jenis pemimpin UMNO dalam Malaysia. Jenis pertama ialah yang hanya mahu menjadi Ketua untuk parti sahaja tetapi tidak untuk memenangkan parti dalam pilihanraya kecuali jika beliau sendiri yang menjadi calon. Jenis yang kedua ialah mahu menjadi Ketua untuk parti dan sekali gus mahu juga supaya partinya menang dalam pilihanraya, terutamanya parlimen.

Maka, sokong dan undilah YBhg Datuk Hj Kamaruddin Md Nor pada 19hb Oktober 2013 ini supaya UMNO Bahagian Pasir Puteh dapat dikembalikan semula ke landasan yang sebenar selaras dengan apa yang terkandung di dalam perlembagaan parti.

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
Penganalisis dan Pengkritik Bebas

No comments:

Post a Comment