Terdapat
tulisan saya dalam siri yang terdahulu memaparkan teguran saya supaya kempen
tidak keterlaluan sehingga meminta perwakilan ‘menolak’ mana-mana calon yang
mencabar Ketua UMNO Bahagian. Semua orang berharap supaya suasana ini
berterusan sehingga hari pemilihan peringkat Bahagian pada 19hb Oktober 2013
ini.
Namun,
dua hari yang lepas, dengan tidak semena-mena orang Pasir Puteh telah
dikejutkan dengan satu kenyataan yang tidak masuk akal oleh salah seorang
penyandang jawatan tertinggi sayap parti dalam UMNO Bahagian Pasir Puteh. Kenyataan
itu membawa maksud “sesiapa yang tidak
menyokong dan mengundi penyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian sekarang, mereka
akan menanggung dosa”.
Sebelum
ini kita banyak mendengar cerita pemimpin PAS yang mengeluarkan
kenyataan-kenyataan menghukum orang-orang UMNO. Ada yang membuat fatwa
sembelihan orang-orang UMNO tidak halal dimakan contohnya. Ada yang membuat
fatwa sembahyang dengan imam UMNO tidak sah contohnya. Ada yang membuat fatwa
mengundi calon UMNO dalam pilihanraya membawa kepada kekafiran contohnya tetapi
mengundi PAS masuk syurga sebaliknya. Ada juga yang membuat fatwa bernikah pun
tidak sah jika dinikahkan oleh jurunikah orang UMNO contohnya.
Semua
itu telah berlalu dan ditelan zaman. Semua itu telah diperjelaskan dari masa
kesemasa sehingga orang-orang PAS pun sudah sedar bahawa semua itu hanyalah
fatwa-fatwa politik yang tidak berasas semata-mata untuk tujuan memancing undi
sahaja. Sebab itulah sekarang PAS sendiri pun sudah sanggup berpakat dengan
parti-parti lain walaupun parti-parti lain itu ditunjangi oleh orang-orang
bukan Islam.
Kalaulah
fatwa-fatwa seperti itu pun sudah ditolak oleh orang-orang melayu PAS, apakah
fatwa baru yang mula dibawa oleh seorang pemimpin melayu UMNO Pasir Puteh itu
boleh dianggap rasional dan munasabah? Tidakkah itu dianggap kebudak-budakan
dan tidak masuk akal?
Kalau
dizaman tahun 60’an, orang-orang kampong sangat takut kepada polis. Sekarang
polis pun sudah menjadi kawan mereka. Oleh itu, zaman ini adalah zaman dimana
mereka tidak lagi boleh diperbodoh-bodohkan dengan kenyataan-kenyataan
dangkal seperti itu lagi. Kenyataan bahawa tidak menyokong dan tidak mengundi
seorang ketua parti boleh mengakibatkan mereka menananggung dosa sudah tentulah
menjadi bahan ketawa mereka sahaja. Kata mereka, jika hendakkan sangat pemimpin
ini kekal di dalam Bahagian, minta sahajalah Majlis Tertinggi ubah perlembagaan
parti supaya tiada pemilihan dibuat. Lantik sahajalah mana-mana orang untuk
menjadi Ketua selama mana tempuh yang dikehendaki. Namun, jika pemilihan
diadakan, perwakilan berhak menentu dan memilih mana-mana calon yang mereka
suka.
Saya
tidak tahu mengapa seorang pemimpin sayap parti boleh membuat kenyataan
sedangkal itu padahal beliau telah lama menjadi pemimpin. Mungkin beliau merasa
terlalu bimbang kerana ketua yang serakit dengannya itu dicabar hebat sehingga
membuatkan beliau menggelabah dan tertekan. Dengan itu, beliau pun membuat
kenyataan bagi pihak ketuanya dengan mengeluarkan fatwa seperti ini kerana cara
lain sudah tidak ada baginya. Ini semua dilakukannya kerana terlalu inginkan
supaya ketuanya dapat mempertahankan jawatannya dengan harapan jika beliau
sendiri menang juga di peringkat sayap, maka beliau pun bolehlah terus
bersamanya lagi di dalam Bahagian.
Tidak
salah bagi mana-mana ketua sayap parti berkempen untuk ketuanya asalkan tidak
keterlaluan caranya. Yang salah ialah ketua berkempen untuk anak-anak buahnya yang
menerajui sayap-sayap parti kerana ini akan dianggap mengamalkan sikap pilih
kasih sebagai bapa terhadap anak-anaknya.
Atau
pun mungkin juga beliau membuat kenyataan itu dengan niat sekadar bergurau
sahaja.
(Secara
peribadi saya harap ianya dibuat dengan niat bergurau sahaja walaupun beliau
dikenali tidak pernah bergurau sebelum ini).
Jika
serious, beliau diharap dapat membuktikannya dengan nas-nas agama yang sahih
untuk menyokong kenyataannya itu. Jika tidak, usah dimainkan lagi soal-soal
dosa pahala seperti ini kerana ianya boleh mencerminkan juga tahap kejahilan
ketuanya secara tidak langsung.
Jika
beliau bergurau, gurauan seperti ini hendaklah jangan diulangi lagi. Jika
diulangi, ianya tidak lagi akan dianggap sebagai gurauan tetapi dianggap
sebagai sesuatu yang diluar norma amalan kepimpinan kerana tidak pernah dalam sejarah
UMNO Bahagian Pasir Puteh terdapat sebelum ini mana-mana pemimpinnya membuat
kenyataan seperti ini keatas orang-orang UMNO sendiri. Fatwa songsang hanya layak diucap oleh
pemimpin-pemimpin yang nyanyok sahaja sepertimana yang pernah berlaku didalam
parti PAS sebelum ini terhadap orang-orang UMNO. Pemimpin UMNO tidak sewajarnya
meniru rentak PAS kerana PAS sendiri pun sudah meninggalkan rentak itu.
Jika
tidak, saya ingin mencadangkan supaya slogan ‘meremajakan’ UMNO ditukar kepada
slogan ‘mendewasakan’ UMNO.
Wan
Ab Malek Bin Wan Noh
Penganalisis
dan Pengkritik Bebas
No comments:
Post a Comment