AbeLek RM
Thursday, 17 October 2013
Pemilihan UMNO Bahagian Pasir Puteh (siri 35)
Isu hutang UMNO Bahagian Pasir Puteh semasa era YBhg Datuk Hj Kamaruddin Md Nor sedang digunakan oleh penyokong-penyokong YB Cikgu Zawawi Othman, penyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh sebagai bahan-bahan serangan utama disaat-saat akhir secara terbuka keatas YBhg Datuk Hj Kamaruddin Md Nor.
Saya tidak membantah isu ini dipermainkan jika saya hanya tahu bahawa hutang-hutang seperti itu wujud semasa era UMNO Bahagian Pasir Puteh berada dibawah kepimpinan YBhg Datuk Hj Kamaruddin Md Nor sahaja. Setahu saya, hutang sudah mula ada sejak dari era kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Puteh dibawah Ketua UMNO Bahagian yang pertama lagi iaitu Allahyarham Tuan Hj Abdul Rahman Yusoff pada tahun 1957. Hutang-hutang itu kemudian berada dibawah kepimpinan YBhg Dato' Hj Mohamad Idris dan seterusnya beralih dibawah kepimpinan YBhg Datuk Hj Mohd Jelani Jaafar. Semasa YBhg Datuk Hj Kamaruddin Md Nor mengambilalih dari YBhg Datuk Hj Mohd Jelani Jaafar, hutang-hutang itu sudah pun bertambah. Oleh itu, jikalaulah YB Cikgu Zawawi Othman pula yang mengambilalih dari YBhg Datuk Hj Kamaruddin Md Nor pula, sudah tentulah hutang-hutang seperti itu adalah sesuatu yang bukan luar biasa.
Inilah juga yang terjadi apabila BN mengambilalih pemerintahan negeri Kelantan daripada tangan PAS dulu. Kemudian PAS pula mengambilalih dari BN pun dengan kerajaan negeri ada hutang.
Oleh itu, jika seseorang Ketua UMNO Bahagian tidak mahu mengambil tanggungjawab untuk menanggung hutang dan berusaha untuk melangsaikannya, maka saya berpendapat lebih baiklah seseorang itu tidak memegang jawatan Ketua.
Orang sudah lupa tetapi saya tidak. Jasa YBhg Datuk Hj Kamarusddin Md Nor bukanlah kecil terhadap UMNO Bahagian Pasir Puteh. Banyak jasa-jasanya terhadap orang-orang UMNO termasuk jugalah terhadap sesetengah pemimpin utama UMNO Bahagian secara peribadi. Sebagai contoh, beliau telah mengambil inisiatif untuk mengubahsuai pejabat UMNO Bahagian Pasir Puteh yang melibatkan kos sebanyak RM300 ribu. Kalau sebelum itu, pejabat berada di dalam keadaan yang sangat daif, tetapi kedaannya berubah sama sekali. Banyak bilik-bilik dibuat baru, dewan diperbaiki dan diubahsuai dan daripada kipas tukar kepada penghawa dingin. Kos sebanyak itu telah ditanggung oleh YBhg Datuk Hj Kamaruddin Md Nor dengan wang poketnya sendiri tanpa satu sen pun terlibat dengan wang parti. Saya tidak lupa kerana saya bertugas sebagai Pegawai Perkhidmatan UMNO Bahagian Pasir Puteh pada masa kerja-kerja ubah suai itu siap. Selain daripada itu, arwah ayah saya pula ialah Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Pasir Puteh sebelum itu iaitu sebelum pejabat diubahsuai. Oleh itu, kemudahan yang sedang dikecapi oleh Ketua UMNO Bahagian sekarang adalah dari jasa-jasa YBhg Datuk Hj Kamaruddin Md Nor.
Jika kita bercakap tentang hutang lagi, orang sudah lupa juga bahawa dalam manifesto pilihanraya BN 2004, BN ada memuatkan janji untuk menghapuskan cukai tertunggak jika BN dapat memerintah negeri Kelantan. Oleh itu, walaupun BN gagal, tidakkah menjadi sesuatu yang janggal jika hutang-hutang itu hendak dilunaskan juga jika kita yakin pada PRU13 yang lalu BN dapat mengambilalih negeri Kelantan?
Orang juga sudah lupa bahawa hutang negara pun semakin terkumpul setiap kali berlakunya pemindahan kuasa Perdana Menteri Malaysia. Sebagai contoh, sewaktu YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mengambilalih dari Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi, hutang negara sudah besar juga jumlahnya. Sekarang hutang itu ialah sebanyak RM40 bilion.
Tentang isu kedua iatu ramainya orang-orang UMNO hadir disatu-satu perjumpaan itu pula, saya berpendapat siapa pun yang jadi Ketua, kehadiran tetap juga ramai kerana tetamu jemputan yang datang itu ialah YAB PM (dua kali) dan YAM TPM (sekali) secara berasingan.
Oleh itu, saya ingin menasihatkan penyokong-penyokong penyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh supaya melihat isu hutang dan kehadiran itu secara lebih luas dan berfakta. Kata-kata kasar dan kesat semata-mata dengan tujuan untuk menghina dan menjatuhkan maruah YBhg Datuk Hj Kamaruddin Mohd Nor sebagai pencabar bukanlah satu tindakan yang bijak dan matang. Jika tidak, ubahlah dulu perlembagaan parti supaya jawatan Ketua UMNO Bahagian tidak dipertandingkan lagi selepas ini.
Ini semua adalah kerana saya tidak mahu menulis apa-apa tentang bagaimana cara YB Cikgu Zawawi Othman menang sewaktu beliau menentang YBhg Datuk Hj Kamaruddin Md Nor dalam pemilihan pada 8 Nov 2008 yang lalu. Perkara yang lepas biarlah lepas walaupun banyak yang saya tahu kerana saya menyebelahi YB Cikgu Zawawi Othman ketika itu dengan cara menulis sebanyak 7 artikel untuknya. Apa yang penting bagi saya ialah sikap hormat menghormati diantara satu sama lain supaya dengan itu penyokong kedua-dua belah pihak tidak berbalah dan bersengketa secara berlebih-lebihan. Siapa yang menang nanti masih juga perlu terus menghormati yang kalah, bahkan kalau boleh diberikan tempat dalam parti untuknya. Cara inilah barulah perpaduan parti dapat dicapai dengan cemerlang. Peranan YB Cikgu Zawawi Othman masih lagi ada untuk parti sebagai wakil rakyat kalau pun beliau kalah. Namun, kewajipan sebagai seorang wakil rakyat hendaklah dibuat dengan sempurna. Janganlah lagi teruskan amalan 'absent' dari menghadiri sidang dewan sehingga orang bercakap bahawa sejak menjadi YB hanya dua kali sahaja setakat ini hadir.
Percayalah.
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
Penganalisis dan Pengkritik Bebas

- Ibrahim Che Noh, Jaafar Ab Rahman, Mohammad Agus Yusoff and 6 others like this.
- Dato'Wan Fauzi Wan Hussain Mana2 pemimpin yg berjiwa besar sewajarnya demikian sifatnya, yakni menghormati kawan dan lawan dlm apa jua keadaan. Kawan atau lawan tidak kekal selamanya. Ia sering bertukar tukar keadaannya. Hari ini kawan esoknya pula terkadang menjadi lawan yang sengit. Itulah sunnah alam. Pepatah ada mengatakan " berbuat baik berpada pada , buat jahat jangan sekali kali " . Indahnya aduhai sahabat2 ku dan aku sendiri jika boleh berpaut teguh dan erat kepada pepatah ini, wassalam.
- Nawi Alias Saya harap ahli-ahli UMNO Pasir Puteh benar-benar memilih pemimpin yang dihormati oleh kawan dan lawan. Pilih yang mempunyai "credibility dan accountability" dan jangan syok dengan pemimpin yang pandai bercakap dan sentiasa berdalih dan ada sahaja helah. Seorang pemimpin mesti komited terhadap organisasi dan sedia berkorban demi kesejahteraan orang bawahnya. Saya pernah menjadi pemimpin tinggi tentera dan memimpin pasukan dan anak-buah berperang tetapi saya tak sanggup menjadi pemimpin parti kerana saya bukan sahaja tidak berbakat tetapi serba serbi kekurangan sifat dan ciri-ciri "pemimpin politik berwibawa".
- Wan Malek ha ha terima kasih YBhg Dato' Hj Nawi Alias, bekas panglima TUDM yg sangat2 saya hormati, saya dah kenal Dato' ni sebagai kawan 10 tahun, memang sangat berprinsip orangnya dan saya rasa bukan Dato' tak layak, tapi terlalu matang dan terlalu profesional utk UMNO Pasir Puteh, anak2 buah nanti pun takdan nak ikut pulak, tambah2 kalau pimpin macam jet sukhoi
- Dato'Wan Fauzi Wan Hussain Sabtu, esok adalah sejarah untuk umno. Ramai merasakan ia sekadar isu dalaman umno. Tidak sekali kali tidak, kerna mana2 pemimpin yg menang akan menjadi pucuk pimpinan parti dan kerajaan. Di sinilah bermulanya dasar2 kerajaan, samada baik atau sebaliknya. Jika pemimpin umno yg terpilih ini yg baik syaksiahnya, biasanya akan baik parti dan kerajaan , begitulah sebaliknya jua. Rakyat terbanyak jgn sekali kali mengatakan kita tidak akan terjejas walau siapapun terpilih sabtu ini. Dasar dan sistem memang benar sudah sedia ada d situ, tapi naluri dan nafsu pemimpin bolek merobek segala sistem dan norma2 yg sedia ada, sekukuh mana sekalipun sistem tersebut. Jom pilih pemimpin yg berakhlak tinggi demi bukan sekadar bangsa dan negara , yg teramat penting menjaga UGAMA ISLAM.
- Nasir Ismail Sulaiman saya doakan Abg Din yang mempunyai "credibility dan accountability", sangat berprinsip, berjiwa besar, menghormati kawan dan lawan menang...saya secara peribadi mengenali dia...
- Dato'Wan Fauzi Wan Hussain Dato dr agus dah berjumpa dgn mb dan tmb kelantan, tahniah atas keterbukaan dan keprihatinan semua pihak. Semua tersenyum sungging, ha ha. Namun di dalam PAS kelantan banyak perkara yg belum sungguh2 terurai dan terleraikan. Muktamar pas nanti adalah petanda awal natijahnya, dan beransur ansur membawa kepada kesan PRU 14 . Wslm
- Nasir Ismail Sulaiman UMNO kelantan kena desak pusat kembalikan "R" kpdo rakyat kelate..rakyat telah memilih PR sbg kerajaan..x perlu ada unsur dendaan...
- Nawi Alias Saya sangat tertarik dengan "unsur dendeman" yang saya sikap satu tindakan pemikiran sempit yang menjahnamkan hubungan kemanusiaan antara insan dan masa depan negeri Kelantan. Saya rasa masanya sudah tiba agar pemimpin2 kerajaan pusat berfikir dan bertindak dengan lebih matang dan rasional mudah-mudahan rakyat Kelantan, sebahagian besarnya, Melayu, tidak terus terbiar.
- Nawi Alias Terima kasih saudara Wan. Sebenarnya saya tak teringin masuk campur dalam pemilihan UMNO ini. Namun memandangkan Pasir Puteh adalah tempat tumpah darah saya dan saya berdamping rapat dengan ramai pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dan saya juga ahli Kelab UMNO Pegawai Kanan Bersara , jadi sangat-sangat mahukan ahli UMNO Pasir Puteh memilih pemimpin UMNO yang saya lebih "CIA",
iaitu "Credible, Integrity, Accountable".
Pilihlah yang terbaik untuk masa depan yang lebih baik untuk rakyat Pasir Puteh. - Nasir Ismail Sulaiman sekali lagi saya seru, UMNO, jika kalah pun dalam PRU ke apa2...usahakan "R" dikembalikan. Rakyat akan berterima kasih..malah mungkian akan "X" BN dlm PRU akan dtg...Tok Pa has to proof that he works for Kelantemese NOT for BN
No comments:
Post a Comment