MyDiary (90)
27 Ogos 2012
(Saya akan
sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau
pandangan adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya
selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai
sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita
supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak
kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting
bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan
mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari
mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini).
PERPADUAN PARTI UMNO PASIR PUTEH
Sehingga ke hari ini orang-orang UMNO Pasir Puteh masih
menunggu-nunggu saat diadakan pertemuan ‘meja bulat’ diantara pemimpin dua
kelompok terbesar yang telah mengakibatkan perpecahan didalam parti UMNO.
Kata mereka, pertemuan pertama ini hendaklah diadakan dengan
kadar segera supaya perpecahan tidak terbawa-bawa sehingga ke hari pilihanraya.
Mereka mahu supaya dua kelompok ini bergabung semula sebagai sebuah pasukan
dibawah satu panji untuk mara ke medan
perang menghadapi musuh. Mereka mahu supaya kedua-dua pemimpin ini berkorban
demi parti UMNO, satu-satunya parti yang didokong oleh semua orang UMNO. Mereka
semua mahu supaya kedua-dua pemimpin ini melupakan sejenak persengketaan yang
lalu.
Dengan itu, langkah harus dimulakan oleh kepimpinan UMNO
Bahagian Pasir Puteh untuk merealisasikan pertemuan bersejarah ini. Tiadalah
lagi saat yang paling menggembirakan orang-orang UMNO Pasir Puteh melainkan
saat seperti ini apabila mereka menyaksikan pertemuan pertama ini. Pertemuan
pertama yang akan merintis jalan kepada perpaduan parti yang sebenar.
Mereka mahu supaya kedua-dua pemimpin ini insaf dan
meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan diri sendiri. Perpaduan
sahajalah yang masih tinggal sebagai modal untuk memenangkan parti dalam
pilihanraya nanti. Tanpa perpaduan, semua orang tahu bahawa UMNO akan kecundang
lagi disebabkan kerapuhannya.
Saya mencadangkan supaya Setiausaha UMNO Bahagian Pasir
Puteh diberikan mandat untuk menjalankan tugas-tugas menyelaras pertemuan
pertama ini bagi pihak UMNO Bahagian Pasir Puteh sementara seorang wakil utama
memainkan peranannya bagi pihak yang kedua. Selaku 'fasilitator' pula, saya cadangkan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Puteh.
“BERSATU”
“BERSETIA” “BERKHIDMAT”
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
Semerak.
No comments:
Post a Comment