MyDiary
(83)
13 Ogos
2012
(Saya
akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat
atau pandangan adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya
sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai
sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita
supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak
kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting
bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan
mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari
mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini).
STRATEGI AKHIR PENGUKUHAN SEMULA UMNO / BN N31 SEMERAK UNTUK
MENGHADAPI PRU13
DUN Semerak
adalah sebuah daripada 4 DUN dalam Parlimen Pasir Puteh. Sejak dari dahulu lagi
DUN ini dianggap sebagai DUN yang paling menonjol berbanding dengan DUN-DUN
lain dalam parlimen Pasir Puteh. DUN Semerak selalunya dianggap sebagai petanda
kepada DUN-DUN lain samada BN akan menang atau pun kalah di DUN-DUN lain dalam
setiap pilihanraya yang lepas-lepas. Jika DUN Semerak kuat dan BN dijangka menang di
situ, maka besarlah kemungkinannya DUN-DUN lain pun akan menang juga. Begitulah
sebaliknya.
DUN inilah
yang paling ramai mempunyai tokoh-tokoh pemimpin dalam sejarah kepimpinan UMNO
Pasir Puteh. Kekuatan UMNO di DUN Semerak bermula sejak dari era YBhg. Dato’ Hj
Wan Omar Wan Majid lagi sehinggalah ke masa sekarang apabila UMNO Bahagian Pasir Puteh
dipimpin oleh YBhg. Cikgu Zawawi Othman yang tinggal di Pulau Lima yang terletak
dalam DUN Semerak juga. Lain-lain tokoh dari Semerak yang pernah berada di
barisan hadapan kepimpinan UMNO Pasir Puteh ialah YBhg. Datuk Hj Jelani Jaafar
(bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh dan bekas ADUN Semerak yang sekarang
menjadi YDP Veteran UMNO Pasir Puteh), YBhg. Puan Hajjah Karimah Md Nor (bekas
Senator dan masih lagi memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Puteh),
YBhg. Tuan Hj Ismail Awang (bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh dan
sekarang Pengerusi Penyelaras & Pengarah UMNO / BN DUN Semerak), YBhg. Tuan
Hj Agil Awang (bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh), YBhg. Sdri Nik
Soraya Nik Li (bekas Ketua Puteri UMNO Bahagian Pasir Puteh dan sekarang AJK
UMNO Bahagian Pasir Puteh).
Selain
daripada mereka di atas itu, faktor YBhg. Datuk Hj Kamarudin Md Nor pernah
menjadi ADUN Semerak dan bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh pun diambilkira
juga sebagai penyumbang kepada penyebab DUN Semerak menjadi perhatian dan
petanda kepada DUN-DUN lain. Begitu jugalah tokoh-tokoh sampingan lain yang
dilantik ke jawatan penting parti seperti YBhg. Tuan Hj Amran Hj Ismail (bekas
Setiausaha UMNO Bahagian Pasir Puteh dan bekas Penyelia Kanan KEMAS Pasir
Puteh), Cikgu Wan Abdul Aziz Wan Noh (bekas Setiausaha UMNO Bahagian Pasir
Puteh), YBhg. Tuan Hj Md Nor Ramli atau Hj Salimin (sekarang Bendahari UMNO
Bahagian Pasir Puteh yang berasal dari Pulau Lima), YBhg. Cikgu Sabri (sekarang Setiausaha UMNO Bahagian Pasir Puteh yang tinggal di Tok Bali), YBhg. Cikgu Hj Ali Abd Rahman atau Cikgu Ali Golok (sekarang Pengerusi Veteran UMNO DUN Semerak) dan beberapa orang lain lagi
dari kalangan AJK Bahagian, AJK Pemuda, AJK Wanita dan AJK Puteri UMNO Bahagian Pasir Puteh.
Melihat
kepada senarai tokoh-tokoh di atas itu, sudah tentulah ini bermakna bahawa DUN
Semerak mempunyai ramai tenaga penting parti yang berpengalaman yang mampu
menentukan supaya UMNO / BN DUN Semerak memenangi PRU13 ini. Sudah tentulah
juga mereka ini mempunyai pengaruh masing-masing yang kuat dikalangan
pengundi-pengundi yang sedang atau pernah berdampingan rapat dengan mereka.
Maka, jika
semua mereka ini bekerja ke arah satu matlamat sebagai sebuah pasukan, saya
yakin DUN Semerak boleh dirampas semula dalam PRU13 tanpa sebarang masalah.
Oleh itu,
janganlah lagi dibiarkan mereka ini meneruskan usaha mereka masing-masing
secara berasingan. UMNO Bahagian Pasir Puteh hendaklah segera mengadakan usaha
yang bersungguh-sungguh untuk ‘menyatukan semula’ mereka ini terlebih dahulu
dengan mengadakan rundingan ‘meja bulat’ pertama dalam suasana satu keluarga.
Kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Puteh hendaklah segera memanggil semua mereka
ini untuk memulakan satu gerakerja di bawah satu program dengan gabungan
tenaga-tenaga yang disebutkan itu sebagai satu pasukan ke arah satu matlamat
iaitu memenangkan parti UMNO dan BN.
Untuk
tujuan itu, rundingan ‘meja bulat’ pertama yang saya maksudkan itu hendaklah
diadakan di Bilik Gerakan BN N31 Semerak, bukan di tempat lain.
“Bersatu
Teguh Bercerai Roboh”
"1Malaysia Rakyat DiDahulukan Prestasi DiUtamakan"
"Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan"
"Janji DiTepati"
“Bersatu” “Bersetia” “Berkhidmat”
"Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan"
"Janji DiTepati"
“Bersatu” “Bersetia” “Berkhidmat”
Oleh,
Wan Ab
Malek Bin Wan Noh
No Ahli
UMNO 03924693
Semerak.
No comments:
Post a Comment