Wednesday, 5 September 2012

MyDiary (91)


MyDiary (91)
6hb September 2012
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau pandangan adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini).

MAJLIS HARI RAYA AIDIL FITRI BN DUN N31 SEMERAK (3 SEPT 2012) TANPA MESEJ PERPADUAN PARTI

Majlis sambutan hari raya Aidil Fitri yang telah diadakan di perkarangan Bilik Gerakan BN DUN N31 Semerak pada 3hb September 2012 baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa masih terdapat mereka yang memegang jawatan penting parti diperingkat Bahagian tidak mahu mengutamakan soal perpaduan parti.

Mereka juga menganggap bahawa perpaduan parti tidak diperlukan kerana kekuatan sudah dicapai dengan cara yang lain untuk memenangi pilihanraya. Mereka sudah khayal dengan buaian dan alunan irama yang didendangkan oleh orang-orang yang rapat dengan mereka sehingga mereka merasa seolah-olah UMNO / BN Pasir Puteh sudah memenangi PRU13.

Sikap ‘over-confident’ dan sombong inilah yang selalu mengakibatkan seseorang pelajar itu gagal didalam peperiksaan. Beliau gagal kerana merasakan dirinya sudah pandai, sedangkan kawan-kawannya yang lain lulus kerana rajin dan tekun mengulangkaji pelajaran serta sentiasa mendengar nasihat kedua ibubapa mereka. Kawan-kawannya yang lain ini menjadi orang-orang yang berpelajaran tinggi akhirnya tetapi pelajar yang sombong itu ketinggalan dan dianggap ‘bodoh’.

Inilah yang akan berlaku kepada UMNO Pasir Puteh nanti. UMNO Pasir Puteh akan menjadi ‘bodoh’ disebabkan keengganan kepimpinannya ‘mengulangkaji pelajaran’ dan ‘membetulkan kesilapan menjawab soalan peperiksaan yang lalu’ serta tidak mahu mendengar nasihat daripada orang tua-tua. UMNO Pasir Puteh akan ketinggalan lagi dan menjadi ‘bodoh’ kerana tidak ‘berpelajaran tinggi’ pada usia dewasanya.

Begitulah perihal betapa pentingnya ‘pelajaran’ termasuk jugalah ‘pelajaran politik’. Kegagalan tetap menanti jika seseorang itu tidak mahu belajar dari kesilapan-kesilapan yang lepas.

Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
Semerak.

No comments:

Post a Comment