Tuesday, 9 June 2015

Strategi Akhir 'Perang' PM Najib Lawan Tun Dr M

PM Najib sedang mengumpul segala tenaga yang ada untuk mempertahankan kedudukannya.
Semua mereka yang pernah ada masalah dengan Tun Dr M akan ditarik mendekatinya.
Dengan kuasa yang ada, antara langkahnya ialah melantik semula orang2 tertentu ke kabinetnya untuk mengisi tempat yang akan dikosongkan oleh mereka yang dianggap menentangnya atau berdiam diri melalui rombakan kabinet.
Pada masa ini hanya seorang sahaja yang PM Najib anggap sebagai musuh politiknya iaitu Tun Dr M.
Oleh itu sesiapa sahaja yang pernah bermusuh dengannya sebelum ini akan dicarinya dan diberikan semula kedudukan dalam barisan kabinetnya termasuk juga DSAI.
Walaupun DSAI sudah disabitkan kesalahannya dan dipenjarakan, namun itu tidak menjadi masalah kerana undang2 masih lagi luas untuk membolehkan beliau dilepaskan dan aktif semula dalam politik. Sudah tentulah semuanya hanya dengan kehendak PM Najib sahaja.
Dengan itu, saya menjangkakan politik tanah air akan masuk era baru selepas bulan Ramadhan.
Sama2lah kita nantikan kemungkinannya.

No comments:

Post a Comment