Tidak pernah berlaku sesengit ini kritikan terhadap mana-mana Perdana
Menteri Malaysia sebelum ini dan hubungkaitnya dengan mana-mana GLC
tetapi PM Najib dikritik dan dikecam hebat dalam hubungkaitnya dengan
1MDB sehingga isu Al-Tantuya pun tenggelam.
Mengapa 1MDB menerima kritikan sebegitu keras dan hebat sehingga PM Najib pun didesak berhenti?
Mengapa sebelum ini tiada mana-mana GLC dikritik seperti ini?
Contoh
PNB
TNB
Petronas
TM
KTM
dan lain-lain.
Ini bermakna bahawa segala urusan oleh badan-badan lain di atas itu
berjalan dengan baik sehingga tiada apa yang boleh dikritik walaupun
urusniaga mencapai tahap berbilion-bilion ringgit juga.
Ini juga
bermakna bahawa jika 1MDB pun diurus dengan baik sudah tentu tiadalah
juga kritikan yang akan diterima oleh PM dan pengurusan tertinggi badan
ini.
Ini akhirnya bermakna bahawa sudah jelas 1MDB merupakan sebuat entiti yang bermasalah.
Memberikan alasan bahawa laporan kewangan 1MDB tidak dibaca maka itulah
sebabnya orang tidak faham tentang urusan 1MDB bukan lagi menjadi
relevan.
Orang ramai sememangnya tidak membacanya sepertimana juga
tidak membaca laporan kewangan badan-badan yang lain itu tetapi tidak
pernah mencurigai dan mempersoalkan urusannya kerana tahu dan yakin tiada keraguan
tentang urusan kewangannya berpandukan kepada tiada pihak atasan yang
mempersoalkannya.
Oleh itu, PM Najib hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keresahan rakyat.
Beliau hendaklah menanganinya sendiri kerana isu ini sudah menjadi isu negara yang terbesar pada masa ini.
Kegagalan beliau menanganinya dengan berkesan boleh mengakibatkan parti UMNO dan BN kalah teruk dalam PRU14 nanti.
No comments:
Post a Comment