Thursday, 25 June 2015

Ku Nan dan Lampu Yang Padam

kalaulah tun dr m tidak menjadi tokoh yang timbul pada masa seperti ini kerana kelantangannya mengkritik kepimpinan pm najib
mungkin kejadian lampu padam ini tidak mendapat perhatian sesiapa pun
oleh itu
kalaulah benar ianya terpadam kerana masalah bulb
ianya sememanglah suatu kebetulan sahaja
dalam bab ini Ku Nan betul
lagi pun isu ini bukanlah besar sangat sehingga ianya boleh diperbesar2kan lagi seolah2 diperlihatkan seperti sabotaj


Ku Nan tuduh Malaysiakini portal Yahudi

 | June 25, 2015
Ku Nan mendakwa portal pro pembangkang itu cuba memutar-belitkan cerita dan sengaja mahu mencetuskan provokasi




PETALING JAYA: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berang dengan laporan Malaysiakini dan menuduh portal itu sebagai Yahudi dan Nasrani.
Menerusi twitternya, beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mendakwa, portal tersebut cuba memutar-belitkan berita yang disiarkan.
“Ingat-ingatlah laman-laman web yg putar belit. Salah kita kunjungi mereka. Ini kerja Yahudi Nasrani dan pengitipan CIA terhadap kita,” katanya.
Kenyataan itu dikatakan merujuk kepada laporan portal berkenaan mengenai gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di perkarangan ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara yang tidak kelihatan.
Tengku Adnan atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Nan mendakwa portal itu sengaja mahu mencetuskan provokasi.
Katanya, secara realiti kesemua wajah Presiden UMNO disimbahi cahaya lampu.



No comments:

Post a Comment