News Feed
Bermacam-macam
persepsi timbul ekoran keputusan PAS memutuskan hubungan dengan DAP
tetapi masih mahu bersama dalam Pakatan Rakyat.
Keputusan yang dibuat itu dianggap muktamad kerana ianya dibuat dalam muktamar agung parti.
Mungkin orang-orang PAS sendiri tahu dan faham apa maksud 'putus hubungan' tetapi masih mahu bersama dalam PR sedangkan DAP ada dalam PR.
Orang-orang di luar sebaliknya merasa keliru dan tidak faham dengan tindakan parti ini.
Salah seorang daripadanya ialah saya sendiri.
Oleh itu, saya ingin memberikan sedikit pendapat dan pandangan peribadi saya dalam isu ini.
Bagi saya,
pertama, perkataan 'putus' sama juga dengan perkataan 'talak' atau cerai.
Hari ini bercerai besok lusa rujuk balik pun tiada masalah kecuali cerai dengan talak tiga yang tidak lagi boleh dirujuk balik kecuali dengan tindakan susulan meminta bantuan 'cina buta'. PAS tak kata pun talak tiga.
Kedua, mungkin juga PAS mahu berusaha secara dalaman dalam PR untuk memujuk supaya PKR pun memutuskan juga hubungan dengan DAP. Jika ini dapat dicapai, kedua-dua parti ini akan bergabung tenaga menolak DAP keluar dari PR dan kedua-dua parti inilah PR baru.
Ketiga, mungkin ini gear satu yang rasmi bahawa PAS sudah mulakan pergerakannya kearah merealisasikan hubungan baik semulanya dengan UMNO. Oleh itu 'masih berada' dalam PR hanyalah sementara sahaja.
Jika kemungkinan atau tekaan ketiga atau terakhir saya itu menjadi kenyataan, maka itulah 'seni' politik tanah air kita.
Sepertimana juga seni mempertahankan diri, seni politik ini ialah untuk mempertahankan 'survival' orang-orang melayu dari ancaman pihak-pihak yang memusuhi bangsa melayu, baik dari dalam atau dari luar.
Jika permuafakatan ini berjaya direalisasikan, bukan sahaja bangsa melayu dapat diperkuatkan semula melalui kuasa politik, bahkan parti UMNO pun dapat juga dipertingkatkan semula mutu dan kredibilitinya.
Jika selama ini UMNO hanya mempunyai sekerat dua sahaja pakar-pakar agama di dalam partinya, penyertaan bersama parti PAS sudah tentulah boleh menambahkan lagi jumlah mereka yang diperlukan ini secara signifikan.
Sekurang-kurangnya nanti terdapat dua kemungkinan.
Pertama, pemimpin UMNO yang mendominasikan kepimpinan negara boleh merujuk kepada pakar-pakar agama dari PAS untuk sebarang isu yang timbul.
Kedua, kepimpinan tertinggi negara pun sekurang2nya boleh didakwahkan secara lebih dekat supaya takut kepada dosa dan kemurkaan Allah SWT jika mahu melakukan sebarang perlanggaran amanah dan tanggungjawab negara.
Atau setidak-tidaknya mereka malu hendak melakukan sesuatu seperti itu kerana di kiri kanan mereka ada orang-orang yang sentiasa memerhatikan mereka dari dekat.
Namun, semua ini boleh dilakukan hanya selepas selesai krisis kepercayaan terhadap kepimpinan negara termasuk juga isu-isu besar seperti 1MDB dan lain-lain.
Selesai dulu satu satu.

No comments:
Post a Comment