Terdapat dua perkara utama apabila kita membuat analisa tentang parti PAS.
Pertama,
PAS menjadi mantap semula dengan barisan kepimpinan baru diperingkat pusat.
Kedua,
PAS menjadi sebaliknya dan menjadi semakin lemah selepas ini.
Tiada siapa boleh meramalkan dengan tepat buat masa ini kerana kerja belum dimulakan oleh barisan kepimpinan baru.
Cakap-cakap mengatakan itu dan ini hanyalah sekadar pendapat dan pandangan serta kritikan awal sahaja.
Kita tunggu dan lihat sahajalah dulu.
Walau bagimana pun,
saya lebih bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa PAS sudah mulai menjadi lemah.
Lebih baik orang-orang PAS pun berkata begini juga kerana sikap inilah yang akan membolehkan kepimpinan baru memperbaharui semula gerakerja parti dengan lebih tersusun dan berkesan.
Sebelum memulakan langkah pertama, kepimpinan baru ini hendaklah terlebih dahulu melihat samada parti berada dalam keadaan sihat atau pun uzur.
Jika sihat, tidak perlulah mencari ubat-ubatan.
Jika sebaliknya, pemeriksaan rapi oleh pakar perubatan hendaklah diperolehi. Pakar-pakar ini ada dan tidak mengenakan caj yang mahal.
Perkara pertama ialah mengetahui punca penyakit. Jika puncanya dari luar kawasan rumah yang menyebabkan demam denggi contohnya, pihak yang berkenaan hendaklah dimaklumkan supaya datang memeriksa dan melakukan sesuatu seperti semburan atau seumpamanya.
Jika puncanya dari dalam, maka kawasan di dalamlah yang perlu dibersihkan dari takungan air.
Bagi saya, walaupun dianggap puncanya dari luar menyebabkan PAS sakit dan uzur, saya tetap menganggap punca sebenarnya adalah dari dalam rumah.
Saya berkata begini kerana kalau di luar kotor, sudah tentulah di dalam lebih-lebih lagilah kotornya terutamanya kawasan dapur dan tandas.
Oleh itu, lebih baik PAS jangan terlalu menuding jari kepada orang lain di luar tetapi lebih baik memperbetulkan diri sendiri dahulu.
Janganlah leka dan biarkan mereka yang tersisih itu lari kepada parti yang lain kerana mereka juga masih tetap diperlukan untuk mengukuhkan semula parti. Janganlah amalkan sikap sepertimana yang diamalkan oleh kepimpinan PAS di tempat saya.
Asas kekuatan sesebuah parti politik bukan sahaja idelismanya sahaja tetapi orang melihat juga ketinggian peribadi pemimpin-pemimpinnya. Jika masih lagi sombong dan angkuh, itu pun boleh juga menjauhkan orang dari parti.
Saya harap PAS boleh menjadi pilihan kedua bagi orang-orang melayu jika sekiranya UMNO tersungkur dalam PRU14 nanti kerana PKR dan lain-lain parti masih tidak menjadi pilihan mereka.

No comments:
Post a Comment