Dalam sejarah kesultanan melayu tanah air, jarang berlaku dimana seorang sultan sanggup turun bukan sahaja 'mencemar duli' bahkan mencemar kaki, tangan dan pakaian membantu orang-orang kampung yang menjadi mangsa banjir besar.
Baginda tidak mempedulikan status dan darjatnya. Rakyat Kelantan sudah lama memerhatikan baginda yang dianggap lain dari yang lain. Terdengar sahaja rakyatnya menghadapi kesusahan, baginda terus sahaja bergegas turun dari istana pergi mencari dan membantu. Kadang-kadang dilihat baginda tidak begitu mementingkan sangat 'protokol' perjalanannya sehinggakan dilihat adakalanya baginda memandu sendiri kenderaan pacuan empat rodanya.
Baginda tidak kekok bercampur dengan rakyat biasa di kampung-kampung sehinggakan ada yang tidak perasan siapa baginda dan terkejut apabila mengetahui baginda ialah al-Sultan Kelantan.
Saya harap baginda dijadikan contoh oleh sultan-sultan yang lain. Bak kata orang tua-tua, 'ular menyusur akar tak hilang bisanya'. Begitu jugalah baginda al-Sultan Mohammad Ke-V ini, 'Sultan Mencampuri Rakyat, Tak Hilang Daulatnya'. Diharap juga baginda dikurniakan pasangan hidup yang bukan sahaja akan menyerikan istana tetapi mempunyai sifat mulia sepertinya juga.
Dirgahayu Tuanku. Didoakan semoga dipanjangkan usia dan sentiasa diberikan kesihatan sepanjang masa.
Kami rakyat Kelantan sangat bersyukur dan berbangga mempunyai seorang sultan seperti Tuanku.
Menjunjung Kasih dan Ampun Tuanku. Sembah Patek Harap Diampun.
Amin.
No comments:
Post a Comment