sudah tentu orang2 yang terdekat dan tersayanglah yang sentiasa diingati dalam masa kesusahan bencana banjir seperti ini
anak isteri kepada suami
ibu bapa kepada anak
saudara mara
jiran2
kawan2 rapat
kami pun baru dapat tahu ada anak saudara yang sudah berhari2 terperangkap di gua musang
anak saudara kami ini pergi ke sana kerana berniaga pasar malam
membawa bersama dua anak kecil mereka
sekarang mereka berada di pusat pemindahan sejak berhari2 yang lalu
anak kecil mereka seperti juga anak orang2 lain
terpaksa minum susu dengan air hujan
kerana bekalan air mineral sudah habis
anak saudara kami ini sudah tidak kisah dengan barang2 jualan mereka
biarlah berapa pun ruginya asalkan keselamatan diri terjamin
lagi pun
orang2 lain jauh lebih dari itu mengalami kerugian
gambar ini pula ialah rumah salah seorang saudara kami di limau kasturi, gua musang
baru pagi tadi anak saya terima melalui whatsapp
No comments:
Post a Comment