Butiran:
Bas
Ekspress PERDANA Trip KL6 DBX 7000 perjalanan pada 18hb Disember 2014
(Jumaat) dari Shah Alam Seksyen 13 (terminal sementara berdekatan
Stadium Shah Alam) ke Kuala Besut / Tok Bali jam 9.00 pagi dari Shah
Alam.
1.
Jam dinding tidak dibetulkan paparan masanya - dicadangkan supaya angka
jam dan minitnya sentiasa diperiksa dan dibetulkan sebelum perjalanan
setiap trip dimulakan.
2.
TV tidak dipasang terutamanya untuk penumpang kanak-kanak - dicadangkan
ianya mula dipasang sekurang-kurangnya pada peringkat awal perjalanan
supaya penumpang terutamanya kanak-kanak tidak merasa bosan.
3.
Pengumuman tiba di RNR Gua Musang tidak dibuat melalui pembesar suara -
dicadangkan supaya pemandu atau penolongnya sentiasa membuat pengumuman
kerana ada penumpang yang tertidur dan tidak sedar terutamanya
perjalanan malam.
4.
Kelajuan agak merisaukan apabila loceng kawalan had kelajuan sentiasa
kedengaran - dicadangkan supaya tiada bas yang sama dibenarkan terus
berpatah balik kecuali yang sampai pagi untuk trip malam pula nanti atau
yang sampai malam untuk trip pagi pula nanti
sekian dan terima kasih.
Wan Malek.
No comments:
Post a Comment