Wednesday, 2 July 2014

Raja dan Rakyat atau R & R

Tun M kata jika dibiarkan tanpa kawalan yang tegas melalui akta2 tertentu
segolongan rakyat boleh sampai kepada peringkat mempersoalkan institusi raja pun nanti
saya tidak pentingkan apa yang rakyat nak buat
mereka hanyalah rakyat biasa sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang antara kebebasannya ialah bebas bersuara dan bebas berbahas dan itu adalah hak muitlak mereka sebagai warganegara
sebab itu dalam parlimen
ada parti kerajaan dan ada parti pembangkang
yang penting bagi saya ialah penyebab atau punca sebenar kepada rasa ketidakpuasan hati rakyat terhadap institusi raja ini
apakah punca dan penyebabnya dari rakyat?
atau dari raja2 itu sendiri?
carilah puncanya dulu barulah selesaikan masalah
saya khuatir jika rakyat
(tak kiralah rakyat melayu atau bukan melayu kerana mereka semua rakyat juga dan tidak pernah pun disebut dalam perlembagaan bahawa raja2 melayu hanya untuk orang2 melayu sahaja)
sudah mulai merasakan bahawa institusi raja sudah tidak relevan lagi bahkan sudah mulai menjadi liability kepada negara dan rakyat
bukan lagi sebagai payung kepada rakyat dimana rakyat boleh berlindung di bawahnya jika berlaku sesuatu nanti
pada waktu seperti ini segala2nya sudah terlewat
tidak mustahil raja dan orang2 kanannya pakai topi bomba bertakhta di bawah pokok menunggu pendekar bujang lapok
dengan mamak bendaharanya ialah tun m sendiri

kerana pada masa itu baru disedari bahawa adanya institusi raja kerana adanya rakyat
tetapi adanya rakyat tidak semestinya kerana adanya institusi raja
dan ini juga membawa makna bahawa rakyatlah yang sepatutnya lebih diutamakan
bukan raja2

No comments:

Post a Comment