bermula dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman
sehinggalah yang sekarang iaitu DS Najib Razak
tak seorang pun pemimpin negara kita datangnya dari sebuah keluarga biasa orang kampong
tetapi semuanya dari latar belakang keluarga orang2 senang dan bangsawan
apakah disebabkan inilah
maka rasa faham tentang susah payah rakyat tidak boleh dihayati oleh
pemimpin negara dengan sebenar2nya faham dijiwa dengan cara merasai dan
mengalaminya sendiri?
melihat segelas air putih dalam gelas yang lutsinar
sudah tentu nampak jernih dan bersih
menjamah gelasnya pula sudah tentu dapat tahu samada air itu sejuk atau panas
tetapi jika tidak meminumnya
tidak akan diketahui samada air itu masin atau manis
sebab masin atau manis tidak boleh dilihat dengan mata kecuali dengan lidah
No comments:
Post a Comment