saya takut kalau pemimpin nombor 2 negara sendiri yang duk sebut fasal perkara ini
dan saya lebih takut kalau pemimpin nombor 1 selepas ini duk sebut pula
bagi saya belajar betul2 dari pengalaman adalah yang paling baik
uruskan negara dengan lebih tegas
terutamanya dalam membendung gejala musuh nombor 1 negara
iaitu 'rasuah'
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2014/07/kenapa-tsmy-tak-lena-tido.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed&m=1
dan saya lebih takut kalau pemimpin nombor 1 selepas ini duk sebut pula
bagi saya belajar betul2 dari pengalaman adalah yang paling baik
uruskan negara dengan lebih tegas
terutamanya dalam membendung gejala musuh nombor 1 negara
iaitu 'rasuah'
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2014/07/kenapa-tsmy-tak-lena-tido.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed&m=1
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peristiwa rusuhan kaum
yang pernah tercetus pada 13 Mei 1969 boleh berulang jika perpecahan
dalam kalangan rakyat tidak dapat dibendung manakala Perlembagaan negara
terus dipersoalkan.
Timbalan Perdana Menteri
berkata, perbalahan kaum ketika ini sudah menjadi kebiasaan apabila satu
kaum mengkritik kaum lain dan perbuatan itu adalah bertentangan dengan
adat, budaya dan tatasusila rakyat negara ini.
"Sebab
itu timbul pelbagai andaian apabila hubungan kaum sudah sampai ke tahap
cetus ketegangan dan hubungan tidak baik. Ini boleh menyebabkan
peristiwa tersebut dan saya tidak mahu sebut tarikh itu (13 Mei 1969).
"Sebab
itu kita harus lihat kembali apa yang dilakukan pejuang kemerdekaan.
Kita sudah hampir 57 tahun merdeka dan berupaya membentuk masyarakat
Malaysia yang bersatu padu. (Sebelum ini) memang ada perbezaan dan salah
faham tetapi tidak sehingga kita berbalah atau berlaku perpecahan,"
katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, hubungan
antara kaum diburukkan lagi apabila media sosial seperti Facebook,
Twitter dan blog yang tidak bertanggungjawab menyebarkan cerita-cerita
tidak benar selain ditokok tambah kepada umum.
Menurutnya,
rakyat perlu menapis sebarang berita atau khabar angin yang didengar
menerusi Internet kerana tidak semua yang disampaikan adalah benar malah
kerajaan tidak dapat mengawalnya secara keseluruhan.
Muhyiddin
berkata, apabila perbalahan tidak dapat dibendung, maka akan berlaku
kucar-kacir kerana hubungan antara kaum tidak seperti dahulu apabila
mereka saling tidak mempercayai dan mencurigai antara satu sama lain.
"Saya
sendiri sebagai Timbalan Perdana Menteri setiap malam sebelum tidur
memikirkan macam mana nak uruskan negara. Ada orang hantar khidmat
pesanan ringkas (SMS) kepada saya, apa nak jadi dengan Melayu, kenapa
Islam dihina dan hal-hal yang sama.
"Mengapa hal-hal
sebegini berlaku dan ini membimbangkan kita. Kita semua perlu balik ke
pangkal jalan. Letakkan agama sebagai tonggak dan kekuatan kita sebagai
orang Islam begitu juga budaya dan adat resam kita," katanya.
No comments:
Post a Comment