pagi tadi saya ke pasar minggu kuala besut
biasalah sebelum masuk saya akan ke satu tempat di mana kawan2 sedang
tunggu untuk berjumpa dengan saya dan berbual2 sepatah dua
salah seorang dari mereka terus tanya saya
'wan, betul ke nik aziz mati?'
saya tergamam seketika kerana tiada seorang pun menelefon saya tentang hal ini
biasanya ada orang yang akan telefon atau sms kepada saya jika berlaku sesuatu seperti ini
dan sudah tentulah kematian seseorang seperti TGNA akan dikhabarkan segera dalam media elektronik dan media massa
saya tanya dia dari mana dapat berita ini?
dia kata dari internet
saya kata nanti saya telefon tanya seseorang yang rapat dengan TGNA
orang yang saya hubungi pun jawab
dia kata macam ni
'orang berniaga abelek'
maka fahamlah saya bahawa berita itu adalah palsu
saya harap tiada lagi pihak yang cuba main2 dengan memuatnaik berita palsu tentang kematian mana2 tokoh besar termasuk TGNA ini
memang betul beliau sudah uzur dan sakit tua dan selalu keluar masuk wad
tetapi belumlah lagi meninggal
tiada gunanya membuat perkara2 provokasi seperti itu
dosa pulak yang dapat kering2
No comments:
Post a Comment