Tuesday, 22 July 2014

PDK Semerak dan Wakil Rakyat Semerak

berikut ialah emel balas dari YBhg Dato' Riduan Junoh JP susulan posting saya mengenai PDK Semerak yang tidak pernah dilawati dan diberikan perhatian oleh wakil rakyat Semerak....
terima kasih Dato'

Mohamad Riduan Junoh
Today at 10:30 AM

To

Wan Malek

Saudara WM,

Perkara begini tidak harus berlaku,terutama membabitkan PDK kerana sudah menjadi amalan setiap Tahun dibulan puasa majlis berbuka harus dan terus diadakan walaupun pertukaran Pemimpin atau Parti, Wakil Rakyat baru dari UMNO harus perihatim dan mengambil berat perkara2 begini demi parti dan kesinambungan Cakna kepada rakyat terutama program dengan PDK dan juga rakyat pengundi kita..

Alasan tiada budget tidak harus diperkatakan kerana mereka harus menyediakan plan perbenlanjaan tahunan bagi program2 diDUN tersebut, kita rasa cemburu dgn YB diDUN Selising yg tiap2 malam diadakan Majls Berbuka baik dirumahnya,didewan maupun dirumah pengundi walaupun dengan cuaca yg tidak menentu sekarang ini, amalan yg dibuat oleh YB Zul harus dicontohi dan saya juga berfikir dan bertanya diri saya dari mana YB Zul dapat peruntukkan untuk mengadakan Majlis berbuka setiap malam diDUNnya ,adakah peruntukkan dari Elaun YB atau duit poket sendiri atau ada org yg sponser majlis2 tersebut.

Di DUN Semerak amat sunyi sepi dan tiada majlis Berbuka sepertimana diDUN Selising lakukan, apakah sudah menjadi sejuk, selepas UMNO merampas kerusi tersebut dari PAS dan kita rasa diri kita sangat kuat dan tidak akan tumbang diPRU 14 nanti?.

DiDUN Semerak juga, kita tidak boleh samakan dengan DUN Bukit Bunga atau DUN Air Lanas yg sangat mewah sekali baik segi pembangunan juga bermacam2 Majlis mereka adakan.

Nasihat iklas saya, untuk menjadi seorang Pemimpin Rakyat amatlah mudah sekali, tapi untuk memimpin rakyat dan pengundi amatlah susah dan harus ada sikap sebegini:-

1.Ketokohan,

2.Kebijaksaan,

3.Planning,

4.Merendah diri dan tidak berlagak,

5.Anggaplah semua pengundi adalah rakan dan sahabat,

6.Dekatkan diri kita dgn Ugama,Masjid dan Pengundi sebagai yg dibuat sebelum dipilih menjadi Calun dulu.

7.Cakna kepada Pengundi tidak kita kawasan mana sekali pun.

8.Aturkan perjumpaan dgn rakyat setiap hari atau minggu, bagi menerangkan hala tuju parti dan juga kes2 terkini saperti GST dll.

9.Sekiranya diri takut untuk berjumpa rakyat atau Pengundi jangan diberi bermacam2 helak saperti ada meeting diluar kawasan,sibuk dll.



Terima Kasih.

Selamat Berbuka Dan Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir Dan Batin.

Dari saya Dan keluarga untuk semua Pengundi DIUN Semerak amnya dan juga pengikut Blog Abang Lek RM.



RIDUAN JP.

No comments:

Post a Comment