Saturday, 19 July 2014

Orang Syarikat 'A' vs Orang Syarikat 'B'

dalam dunia politik
orang umno akan mempertahankan apa sahaja dari umno
orang pas akan mempertahankan apa sahaja dari pas
begitu juga dengan lain2 orang dari parti2 lain
masing2 tidak akan sekali2 mengaku apa jua pun kesilapan yang dilakukan
hatta kesilapan itu sebesar mana sekali pun
itu dalam dunia politik
begitulah juga dengan bidang2 lain
orang dari syarikat 'A' akan tetap mempertahankan apa sahaja dari syarikatnya
walau sebesar mana sekalipun kesilapan yang dilakukan oleh syarikatnya itu
demikian jugalah orang dari syarikat 'B' sampailah kepada syarikat 'M'
masing2 ada kepakaran dalam bidang masing2
kepakaran dalam syarikat 'A' sudah tentulah tidak dikuasai oleh syarikat 'B'
kerana berbeza bidangnya
seorang tukang gunting sudah tentu mengangguk2 sahaja kepalanya apabila seorang juruterbang menceritakan tentang kapal terbang
bukan setakat tidak faham apa2 tetapi kerana juruterbang itu ialah pelanggannya
namun juruterbang itu lupa bahawa
jika rambutnya tidak digunting elok
rupanya pun menjadi seperti orang tak cukup seriyal
dan juruterbang itu tidak tahu juga bahawa
tukang gunting itu pun ada anak yang bekerja sebagai juruterbang juga
tetapi tukang gunting sengaja tidak mahu memberitahu
kerana tidak mahu 'menyohor2' ada anak yang bekerja seperti itu
begitulah orang2 tertentu
apabila ditimpa masalah menjadi marah2 dan menengking2 walaupun berpelajaran tinggi dan bergaji besar
tidak lagi boleh mengawal diri untuk menerangkan sesuatu secara sopan dan tertib
tetapi terus membahasakan orang2 lain sebagai 'idiots' sahaja dengan angkuh dan sombong
termasuklah terhadap tukang gunting yang pernah menggunting rambutnya dahulu itu
identiti melayu dan islam pun tidak lagi dipakai dengan sebaik2nya
yang dipakainya hanyalah
'I am perfect' tiada langsung sebarang kesilapan dalam hidup aku
maka syarikat aku pun perfect juga
sehingga arak pun menjadi kebiasaan sebagai minuman
(kesimpulannya: bagi saya jika seseorang itu suka bercakap secara kasar dan marah2 secara keterlaluan, biasanya orang itu pemabuk,
dan kita tidak digalakkan untuk mempercayai 100% apa yang diperkatakan oleh sipemabuk, tak kiralah mabuk arak atau mabuk kuasa atau mabuk jawatan)

No comments:

Post a Comment