Zaman sudah berubah.
Dulu lulus SPM pun boleh jadi Inspektor Polis.
Sekarang kena ada ijazah pertama baru dapat jawatan itu.
Begitu jugalah jawatan2 politik.
Kalau dulu orang SPM pun boleh jadi Ketua UMNO Bahagian, saya rasa sekarang sudah tidak sesuai lagi.
Saya cadangkan supaya diubah perlembagaan parti supaya orang yang
hendak bertanding jawatan2 Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua nanti kena ada sekurang2nya Diploma
Akademik (bukan kemahiran) atau sebaik2nya ijazah pertama.
Untuk mereka yang hendak bertanding diperingkat jawatan AJK pula, saya cadangkan supaya sekurang2nya ada SPM.
Ini adalah bertujuan supaya barisan kepimpinan dalam parti terdiri daripada mereka yang berpelajaran.
Dengan itu, parti UMNO tidak lagi dijauhi kerana dilihat orang2 yang
memegang jawatan dalam parti hanyalah bekas2 tukang kebun sekolah atau
peniaga2 pasar yang tidak pun ada SPM.
Jika ini boleh dilakukan,
saya yakin ramailah kaum guru lepasan ijazah akan kembali aktif kerana
laluan untuk mereka terbuka semula.
Mereka yang kurang layak itu diharap mengundurkan diri ke belakang sedikit dan berikan laluan.
Untuk berkhidmat kepada parti masih boleh dilakukan dengan cara
memberikan kerjasama kepada mereka yang lebih layak dan lebih bijak.
Untuk di peringkat Cawangan pula, saya cadangkan supaya orang yang
hendak bertanding jawatan Ketua Cawangan hendaklah ada sekurang2nya SPM.
Untuk AJKnya, tidak pas darjah 6 pun tak apa.
No comments:
Post a Comment