Mungkin
sudah menjadi trend bagi kawan2 saya di semerak apabila bertemu saya,
ada saja isu yang mereka minta saya tulis dan terbitkan dalam blog saya.
Pagi ini masih lagi mengenai sekolah.
Mereka kata mereka
bersetuju jika pihak Kementerian Pelajaran memperkenalkan satu operasi
bersekala terhadap murid2 sekolah menengah.
Operasi yang dimaksudkan ialah pemeriksaan air kencing oleh pihak berkuasa polis.
Ini adalah kerana murid2 sekolah sekarang dikhuatiri terlibat dengan
gejala pil kuda tetapi tidak disedari oleh pihak sekolah kerana mereka
melakukan aktiviti ini di tempat2 terlindung seperti di dalam tandas dan
sebagainya. Salah satu daripada tanda2 ketara yang dilihat ialah
bagaimana murid2 sudah tidak boleh dikawal lagi oleh guru2 sehinggakan
berani membawa masuk mercun bola dan bermain sesama mereka dengan
membakar dan melemparkannya keluar dari jendela kelas secara berterusan.
Mengikut mereka tiada seorang pun guru2 yang berani menegur perbuatan
murid2 nakal ini kerana takut kereta mereka dicalarkan oleh murid2 ini.
Mereka kata, perkara ini telah pernah disuarakan dalam mesyuarat PIBG
tetapi Pengetua dan guru2 lain tidak bersetuju kerana mereka takut nama
sekolah jadi tercemar jika ada murid2nya didapati terlibat. Oleh itu,
biarlah mereka diperiksa di luar kawasan sekolah sahaja.
Komen peribadi saya :-
Saya pun bersetuju juga jika operasi ini boleh dilaksanakan dengan
kerjasama Kementerian Kesihatan dan AADK. Nama baik sekolah tiada kena
mengena dengan operasi ini kerana tujuannya adalah untuk kebaikan
sekolah itu juga. Lagi pun jika ianya dilaksanakan, operasi ini akan
dijalankan secara menyeluruh untuk semua sekolah yang dikenalpasti ada
kemungkinan ramai murid2nya terlibat.
Sekurang2nya amalan ini boleh
menghalang gejala dadah ini dari merebak berterusan di keatas murid2
dan tindakan keatas mereka boleh diambil seperti program pemulihan dan
lain2.
Jika dahulu ada hukuman rotan atau 'public caning' yang
telah terbukti berkesan mendisiplinkan semula murid2, saya yakin operasi
bersama pihak polis ini boleh juga mencapai tujuan yang sama.
No comments:
Post a Comment