Thursday, 5 June 2014

PERKASA Global

Saya yakin bukan sahaja ahli-ahli PERKASA bahkan sebahagian besar orang-orang melayu lain pun sudah tentu tiada halangan terhadap penubuhan dan pelancaran PERKASA secara global sebagaimana yang telah dimulakan langkah-langkah awalnya melalui penubuhan PERKASA UK & Europe itu.
Namun, mereka tetap menantikan satu huraian yang jelas tentang mengapa perlunya PERKASA diperluaskan keseluruh dunia.
Apakah motif sebenarnya disebalik usaha yang bersungguh-sungguh ini sehinggakan bekas tokoh-tokoh besar negara pun turut terlibat sama?
Apakah PERKASA sebenar-benarnya sudah berada dalam proses transisi untuk menjadi sebuah parti politik alternatif untuk orang-orang melayu?
Persoalan sepenting ini belum lagi ada mana-mana pemimpin PERKASA jelaskan secara terbuka lagi.
Oleh itu, kenyataan rasmi samada berbentuk pengakuan atau penafian oleh Presiden PERKASA sendiri amatlah dialau-alukan dalam masa terdekat ini secara terbuka.



 

No comments:

Post a Comment