Apakah
benar gelaran2 seperti Tun, Tan Sri, Dato' Seri, Datuk dan Dato' boleh
membuatkan semakin ramai orang melayu menjadi sombong dan angkuh?
Oleh itu ada yang mencadangkan supaya gejala memberikan gelaran2 itu dikawal dengan lebih ketat supaya ianya tidak lagi menjarakkan mereka daripada orang2 biasa kerana gelaran2 itulah yang telah menjadikan mereka lebih ego.
Jika ada sesuatu majlis contohnya, mereka hendak duduk di hadapan sekali kerana mereka rasa mereka ada gelaran yang perlu diutamakan.
Komen peribadi saya :-
Saya lebih menghormati mereka yang berpelajaran tinggi.
Oleh itu ada yang mencadangkan supaya gejala memberikan gelaran2 itu dikawal dengan lebih ketat supaya ianya tidak lagi menjarakkan mereka daripada orang2 biasa kerana gelaran2 itulah yang telah menjadikan mereka lebih ego.
Jika ada sesuatu majlis contohnya, mereka hendak duduk di hadapan sekali kerana mereka rasa mereka ada gelaran yang perlu diutamakan.
Komen peribadi saya :-
Saya lebih menghormati mereka yang berpelajaran tinggi.
- Mohammad Agus Yusoff, Azahar Mohd Kassim, Heridaa Sufian and 12 others like this.
- Nik Kamarazaman Nik Yahya Tn Wan Malek; Gelaran2 semua ni pemakaian duniawi yang kita tau siapa yang memulakannya (imperialist melalui sultan dan raja). Hati pemakai kepada gelaran2 ini, mesti terkesan, dalam sifat dan lumrah hati yang sedia seperti air menggelegak, ditambah lagi dengan pakaian dunia yang dikatakan darjah kebesaran. Amat bersesuaian sebenarnya gelaran2 ini untuk sipencari kerdipan dan gemerlapan hidup duniawi. Tapi bukan semua yang ada gelaran terpukau dengan darjah kebesaran yang diberi oleh orang lain.
- Mohd Yusof Kanis Riak mencari kedudukan dunia bersifat berlumba kedudukan dgn pencipta. Riak dalam Ibadah lagi parah. Wallahualim
- Nik Kamarazaman Nik Yahya Gelaran adalah sarang.. riyak boleh jadi penghuninya. Tawadhuk tak perlu sarang ini.
- Fauzi Shaffie Gelaran wujud di Melaka sejak belum Portugis datang. Manusia, zaman bila pun memang sukakan gelaran yang di rasai akan disanjung oleh manusia.
- Nik Kamarazaman Nik Yahya Kolej cuti sem... kutip getah scrap hok lekat2... wat tepong pelita ... jadi supir... tu lah sementara nnoreh semula.. Dr FS.
- Muhammad Al Fateh Pada saya, gelaran kehormat sahaja tidak menjadikan seseorang riyak. Faktor-faktor lain yang menjadikan seseorang riyak termasuklah ilmu, kedudukan sosial dan kedudukan kewangan. Ada juga yang bila dah bergelar Imam sudah tidak mahu mengotorkan tangannya.
- Mohamed Azmi Kalau kita boleh memandu Mercedes dan proton saga tanpa ada apa2 perbedaan dalam perasaan....kita dah boleh mengawal riak insyaAllah... memang sukar... kerja hati...
- Mohamed Azmi Sekiranya sekedar zuhud fizikal tanpa didik hati pun...kita boleh riak dengan zuhud kita... wlm
- Nik Kamarazaman Nik Yahya ha..ha.. berat 66.. bawak kancil riyak cara kancil. Jalan kaki riyak cara jalan kaki. Masya Allah. Masing2 tahu.
- Nasir Ismail Sulaiman saya menghormati mereka yang punya BUDI...pelajaran tinggi tanpa budi kurang maknanya..
- DrAminudin Bin Abdul Karim berpelajaran tinggi dan tinggi akhlaknya inilah yang terbaik, orang berakhlak tinggi akan menabur budi.
- Fauzi Shaffie Ada seorang Prof yang tidak mahu terima gelaran Dato' disebuah negeri tidak boleh teruskan tugas sebagai orang nombor satu di satu institusi terkemuka.
- Azahar Idris tak salah terima gelaran asalkan jgn sombong dgn gelaran...sebenarnya gelaran banyak membantu kerja
- Ù…Øمد عبدالرØمن sebab dato' atau lain2 gelaran sekarang ni di dagangkan...sapa buleh offer ribu riban...mudah lah dapat, broker sentiasa dok cari yang berpotential yang ada pitih banyak.....
- Fauzi Shaffie Ada orang yang terima gelaran Dato' menyesal kerana saban ketika kena 'perah susu' oleh 'penganugerah' ...... Ha ha
- Zakinor Musa Untuk menghulur budi pun kekadang jalan riak juga dilaluinya. Bilamana riak dan takabur bersarang dihati akan terzahir disifat. Bila dua orang dgn sifat yg sama duduk semeja akan lahir benci dan dengki.noktahnya adalah kehancuran ummah.
- Fauzi Shaffie Tak juga Datuk. Saya tahu ada PTN yang menghabiskan duit GLC masa dia dipinjamkan ke GLC untuk dapat gelaran.
- Ù…Øمد عبدالرØمن sebagai mengenang dan menaikan taraf pegawai tinggi kerajaan, datuk di anugrahkan, untuk menunjukan ketinggian pangkat dalam khidmatan...yang ni bukan main beli bayar...tapi penghormatan atas jawatan yang di sandang
- Fauzi Shaffie Apa-apa pun, masing-masing ada rezeki yang telah ditentukan oleh Allah. Soal riak, ujub, takabbur dan yang sewaktu dengannya adalah soal hati, bukan soal gelaran. Macam Pak Nik tulis tu la, yang jalan kaki pun ada riak cara berjalan..... He he
- Azahar Idris FS: Mengenai kena perah susu ni saya ada pengalam begitu. Seminggu selepas terima gelaran, datanglah bermacam surat dan panggilan telefon mkinta derma...ada seorang tu minta RM5K..saya dgn selamba beritahu dia saya ni XXXX pegawai kerajaan...mana ada duit sebanyak tu...hehehe
- Fauzi Shaffie Kadang-kadang bila ada orang yang tidak ada gelaran, mengata kepada orang yang ada gelaran, mungkin terselit pada hatinya rasa dengki, nauzubillah. Yang terbaik, teropong ke dalam diri sendiri, dan banyakkan istighfar.
- Azahar Idris ada satu amalan protokol yg memindah-mindahkan kedudukan seseorang pegawai dalam majlis hanya kerana beliau tidak mempunyai gelaran...sedangkan jawatan hakikinya lebih tinggi drpd yg bergelaran...amalan ini bukan sahaja menyentuh ego pegawai terlibat, tetapi tidak beradab...bayangkan dipindahkan tempat makan beberapa kali....
- Khairul Naziei Ibrahim Gelaran Dn pingat sekarang ni terlalu mudah... artis2 cokia pun dpt entah apa sumbangannya... Orang muda dpt gelaran dgn darah muda mula kembang ekor... Suatu hari gelaran Dato' tidak ada nilai dn maknanya lg dek krn kemurahan.
- Ahmad Tarmizi Bila dah ada gelaran seperti itu sedikit sebanyak ada jurang pemisah antara mereka dengan orang kebanyakan.Kalau ada majlis mereka diutamakan.Tempat duduk,tempat maka dan sebagainya.Mereka mereka ini mendapat lebih istimewa daripada orang biasa.kalau k...See More
- Znrmotivationcamp Harun Pada pengamatan saya prnganugrahan pingat kebesaran tidak menjadi punca ada mewujudkan gap status dikalangan orang Melayu. Wujud jurang status yang menjadi seseorang sombong dan angkoh kerana proses sosialisasi dalam kehidupan masa kecil dan masa alam persekolahan tidak berlaku dalam suasana harmoni serta latarbelakang kehidupan sosial yang ada kepincangan.
Masih ramai mereka yang bergelaran Datuk, Tan Seri dan Tun yang berkeperti mulia. Ramai yang tidak bergelaran yang sombong dan angkuh. - Ahmad Tarmizi Soal sombong dan angkuh teman tak berani cakap,tapi pernah dulu ada seorang pegawai pasukan keselamatan berpangkat satu crown dibahu.Apabila anak buah terlupa nak bagi hormat dia boleh tanya " apasal tada hormat ,ingat ini taik burung ka" sambil menunjukkann pangkat dibahu.Kalau cmni nak sebut apa?
- Wan Malek ...." satu hari gelaran Dato' tidak ada nilai dan maknanya lagi dek kerana kemurahan" saya double-liked juga
- Wan Malek semua komen di atas akan saya copy & paste tanpa edit untuk diterbitkan dalam blog saya, terima kasih semua
- Wan Malek saya sudah terbitkan, post yg ke 696 (published) dalam blog saya, komen2 terkemudian akan saya add dari masa kesemasa, silakan kawan2
- Ahmad Tarmizi Tun Seri dlm sjrh melayu sebab ada keluar nama Tun Seri Lanang.Tan Seri Lanang sampai skg tak ada lagi ujud.
No comments:
Post a Comment