Secara terbuka saya ingin ucapkan
berbanyak-banyak terima kasih kpd Ketua Umno Cawangan Taman Jaya,
Semerak iaitu tempat saya kerana masih lagi mahu menjemput saya ke
Persidangan Tahunan Umno Cawangan ini dijangka pada 8hb Mei 2014 ini.
Tahun lepas saya tidak hadir dan tahun ini pun saya tidak akan hadir juga.
Ini adalah kerana saya telah membuat keputusan muktamad untuk tidak
lagi melibatkan diri dalam mana-mana parti politik selepas PRU13 yang
lalu.
Walau bagaimana pun, ini bukan bererti saya menentang parti
UMNO dan menyokong mana-mana parti lain. Saya sekadar ingin menjadi
seorang yang 'non-partisan' iaitu sebagai rakyat dan pengundi biasa
sahaja.
Hobi menulis saya akan saya teruskan selagi ada daya dengan
menulis kritkan-kritikan dalam blog saya terhadap semua parti dan
kepimpinannya. Apa yang baik saya akan sokong tidak kiralah mana-mana
parti. Begitu jugalah, apa yang tidak baik dan tidak saya setujui akan
saya kritik tidak kiralah mana-mana parti juga.
Saya harap dengan pengumuman terbuka saya ini, sikap saya ini dapat kiranya dihormati dan diterima baik oleh semua pihak.
Sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutamanya kawan-kawan yang sentiasa bersama saya.
ref: http://wanmalekwannoh-abelekrm.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment