PERKASA London & Europe (Bah 1) :-
1) Satu persidangan atau ‘conference’ akan diadakan di London anjuran PERKASA London sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2014 nanti yang melibatkan peserta-peserta dari pelbagai negara dengan kehadiran tokoh-tokoh terulung dan ternama negara seperti YABhg Tun Dr Mahathir Mohamed, YABhg Tun Daim Zainuddin, YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan YABhg bekas Ketua Hakim Negara.
Selain memperkenalkan PERKASA, persidangan ini akan memperjelaskan perspektif sebenar isu-isu yang telah diputarbelitkan oleh media asing antarabangsa seperti isu ‘affirmative action’ yang dikatakan menganaktirikan kaum bukan bumiputra di Malaysia. Selain itu, isu agama Islam, hak-hak keistimewaan pribumi, ekonomi, pemilikan ekuiti dan lain-lain isu yang berkaitan dengan kepentingan negara akan juga dibentangkan dalam persidangan tersebut.
2) Jumlah keahlian PERKASA pada masa ini ialah 500 ribu lebih dan menjelang akhir tahun ini jumlahnya dijangka mencapai sasaran satu juta ahli. Keahlian di Eropah akan bermula secara beransur-ansur dengan keahlian yang telah didaftarkan seramai 100 orang di London sebagai permulaan.
PERKASA telah menerima banyak permintaan supaya ianya dilancarkan juga di tempat-tempat lain seperti di US, Qatar, Paris, Belgium, Amsterdam, Dubai, Jordan, Mesir, Indonesia, Australia dan beberapa lagi negara lain.

No comments:
Post a Comment