- Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
"Saya positif terhadap kerjasama antara Pas dan Umno dalam isu hudud.
"Harap jangan lagi ada halangan, tidak kira sama ada lulus atau tidak di Parlimen.
Menurutnya, yang pastinya rakyat akan teruja, kerana pertama kali dalam sejarah Parlimen Malaysia, negara akan melihat setiap ahli Parlimen akan diberi kebebasan untuk mengundi menerima rang undang-undang persendirian tersebut.
"Mereka (ahli Parlimen) akan berdiri sendiri membawa suara rakyat di kawasan masing-masing.
"Jadi di situ rakyat akan menilai keikhlasan ahli Parlimen yang mewakili mereka," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Dalam perkembangan yang sama, Agus berharap permulaan kerjasama antara Umno dan Pas dalam isu hudud ini menjadi titik permulaan untuk negara mencapai ke arah politik yang matang.
"Kita bermula dengan langkah awal ini, kalau kita sudah bersedia, sedikit demi sedikit kita akan mencapai ke arah politik matang," jelasnya..
Pas dijangka akan membentangkan rang undang-undang persendirian hudud di Parlimen selepas pembukaan sidang Parlimen kelak.
No comments:
Post a Comment