Isu Kubur Raja Dagang Semerak (1):-
Saya dimaklumkan pagi ini oleh Pengerusi KRT Kg Raja Dagang bahawa kubur yang berkenaan itu tidak dapat disahkan bahawa ianya 'Kubur Raja Dagang'.
Ada pendapat orang-orang tempatan mengatakan pusara Raja Dagang yang
sebenar terletak di lokasi yang berasingan tetapi tidak diketahui di
mana.
Pendapat ini diasaskan kepada penemuan tengkorak, tulang pipi
dan gigi yang tertanam hanya kira-kira tiga kaki sahaja sedangkan
kedalaman sesebuah kubur biasanya lebih dalam dari itu.
Tinjauan masih dijalankan untuk mendapatkan sejarah lanjutnya.
Isu Kubur Raja Dagang Semerak (2):-
Bantahan orang-orang kampong terhadap usaha menggali dan mengalihkan
kubur ini sepertimana yang berlaku semalam berpunca dari kesilapan pihak
tuan tanah yang tidak memaklumkan kepada ketua kampong, imam dan ocs.
Tuan tanah sebenarnya telah mendapat permit untuk mengalihkannya dan
sepatutnya memaklumkan kepada imam supaya imam ini mengumumkannya kepada
orang ramai pada hari jumaat sebelum kerja-kerja menggali dan
mengalihkannya dijalankan.
Begitu juga kepada ketua kampong dan ocs.
No comments:
Post a Comment