MyDiary
(96)
9
Okt 2012
(Saya akan sentiasa
mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau pandangan
adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya selaku
seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang
kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN
kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah
samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi
saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana
pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana
pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini).
PERPADUAN
PARTI
Sehingga
kini belum ada sebarang tanda lagi bahawa kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Puteh
akan memanggil atau menganjurkan perjumpaan dengan bekas Ketua UMNO Bahagian
Pasir Puteh dan orang-orang kanannya.
Mungkin
kepimpinan UMNO Bahagian sibuk dengan program-program parti kerana PRU13
semakin hampir. Saya faham dengan keadaan tugas dan tanggungjawab yang dipikul
itu. Namun, perjumpaan dengan bekas Ketua UMNO Bahagian masih saya anggap
sebagai sesuatu yang penting juga.
Ini
adalah kerana disamping program parti yang semakin rancak di seluruh kawasan
parlimen Pasir Puteh, bekas Ketua Bahagian pun semakin rancak dengan aktiviti
turun padangnya juga keseluruh kawasan parlimen Pasir Puteh. Apa yang
membezakannya ialah, program parti dihadiri oleh Ketua dan orang-orangnya
manakala program bekas Ketua pula dihadiri oleh beliau dan juga orang-orangnya
secara berasingan.
Apa
yang membezakan kedua-duanya juga ialah program parti sudah tentulah hendak menarik dan memperkuatkan sokongan orang ramai terhadap parti manakala program bekas Ketua
adalah lebih kepada meninjau dan membantu orang-orang miskin, sakit atau yang
memerlukan.
Kedua-dua
program sebenarnya baik dan wajar walaupun berbeza. Namun, orang ramai tidak
melihat program yang dijalankan oleh bekas Ketua sebagai hendak membantu parti
secara jelas. Bekas Ketua dilihat lebih menekankan kepada unsur-unsur
menghulurkan bantuan dan merapatkan tali silaturrahim sahaja terutamanya
apabila beliau berkunjung kerumah orang-orang lama parti yang tua dan uzur. Ini
adalah kerana apabila beliau menemui mereka, beliau tidak pernah bercakap atau
menyentuh tentang UMNO dan PRU13. Tidak pernah kedengaran atau dilihat topik
posting di dalam Facebook contohnya, yang menunjukkan beliau meminta dan
menekankan supaya UMNO dan BN terus diberikan sokongan apalagi meminta supaya
mereka yang ditemuinya itu berkempen pula keatas ahli keluarga yang lain.
Memberikan
bantuan sememangnya satu amalan yang sangat baik bagi orang-orang yang ada
kemampuan. Agama kita pun amat menggalakkannya. Walau bagaimana pun, oleh
kerana bekas Ketua masih dianggap bukan seperti orang biasa lain, maka apabila
aktiviti turun padangnya selama ini tidak disertakan dengan kempen untuk parti
UMNO juga, maka ianya dianggap hanya sebagai aktiviti peribadi semata-mata.
Saya
tidak tahu mengapa beliau tidak mahu mengambil peluang untuk berkempen semasa
berkunjung ke rumah orang-orang yang beliau temui itu kerana saya tidak pernah
terasa munasabah untuk saya bertanyakan sendiri soalan itu kepadanya
memandangkan beliau ialah seorang bekas Ketua UMNO Bahagian. Mungkin bagi
beliau, kempen seperti itu tidak diperlukan olehnya kerana beliau beranggapan
semua orang sudah mengenali beliau. Oleh itu, kehadirannya sudah cukup untuk
membayangkan mesej atau hasratnya itu secara semulajadi atau pun secara
otomatik.
Untuk
lebih menjelaskannya lagi itulah, maka saya telah berkali-kali mengesyorkan
supaya satu perjumpaan diantara kepimpinan UMNO Bahagian dengannya segera
dianjurkan oleh kepimpinan UMNO Pasir Puteh. Pengesyoran saya yang terakhir
dalam bentuk ‘reiteration’ telah saya sampaikan kepada Setiausaha UMNO Bahagian
sendiri pada 1 Sept 2012 yang lalu apabila saya berjumpa dengannya secara empat
mata.
Pertemuan
diantara pemimpin dua kelompok besar ahli-ahli UMNO ini akan sekurang-kurangnya
menghapuskan prasangka dan rasa bimbang ahli-ahli UMNO Pasir Puteh terhadap perpecahan dalaman parti yang masih belum ditangani dan diperbaiki sedangkan PRU13
sudah semakin hampir. Dengan itu, ianya juga akan sekali gus membuka jalan
kearah perpaduan parti secara ‘total’ dan risiko ‘cah keting’ dalam PRU13 nanti
pun tidak lagi berterusan menjadi
sesuatu yang menghantui dan mengganggu pemikiran ahli-ahli UMNO Pasir Puteh
yang inginkan supaya BN memenangi PRU13 ini.
Oleh,
Wan
Ab Malek Bin Wan Noh
No
Ahli UMNO 03924693
Semerak.
No comments:
Post a Comment