MyDiary
(95)
3
Okt 2012
(Saya akan
sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau
pandangan adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya
selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai
sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita
supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak
kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting
bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan
mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari
mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini).
UMNO PASIR PUTEH DAN PERKASA PASIR PUTEH
Saya
masih ingat malam PERKASA Daerah Pasir Puteh dilancarkan perasmiannya oleh YB
Datuk Paduka Ibrahim Ali, Presiden PERKASA beberapa tahun yang lalu.
Majlis
itu telah dijalankan di Dewan Besar SMK Kamil, Pasir Puteh dengan kehadiran
orang ramai yang sangat memberangsangkan. Pada malam itu, YBhg Tuan Hj Ruslan
Kasim, Ketua Penerangan PERKASA telah juga hadir sama sebagai penceramah.
Pada
malam itu, boleh dikatakan 90% orang ramai yang hadir adalah orang-orang UMNO
dengan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh sendiri pun hadir selain daripada
barisan kepimpinan utama UMNO Pasir Puteh yang lain.
Ini
bermakna bahawa penubuhan PERKASA Pasir Puteh telah awal-awal mendapat sokongan
dan dokongan UMNO Pasir Puteh walaupun pada dasarnya, fungsi NGO seperti
PERKASA ini tiada kaitan secara langsung dengan UMNO.
Itulah
sahaja saat dimana PERKASA Pasir Puteh dapat dilihat bersama UMNO Pasir Puteh walaupun secara tidak rasmi. Sejak
dari malam itu sampai sekarang, tiadalah lagi apa-apa program PERKASA Pasir
Puteh yang dilihat melibatkan orang-orang UMNO baik secara langsung atau pun
tidak. Sudah tentulah kepimpinan PERKASA Pasir Puteh merasa tidak diperlukan
sebarang kerjasama dengan UMNO Pasir Puteh lagi selepas perasmian itu kerana
PERKASA adalah sebuah NGO yang bebas dan ‘non-partisan’. Sikap yang diambil ini
bukan salah kerana sememangnya PERKASA bukan organisasi politik yang memerlukan
setiap perkara yang dibuat hendaklah dibuat bersama atau melibatkan mana-mana
parti politik.
Saya
tidak mahu mempertikaikan perlembagaan PERKASA. Yang menjadi persoalan secara ironinya ialah
mengapa pada malam perasmian itu, mereka yang hadir adalah ahli-ahli UMNO yang
mewakili peratusan terbesarnya? Tidakkah jikalau mereka ini tidak dijemput atau
tidak mahu hadir, majlis pada malam itu sudah tentu gagal dengan dewan dipenuhi
hanya dengan kerusi-kerusi kosong sahaja?
Sebab
itulah bagi saya, soal PERKASA sebagai sebuah NGO yang ‘non-partisan’ bukanlah
sesuatu yang hendak dipertikaikan tetapi apa gunanya ia, jika kewujudannya
tidak dirasakan memberi sebarang manfaat kepada orang-orang melayu. Sejak malam
pelancaran itu, tiada dibuat sebarang aktiviti atau program yang boleh dianggap
membantu orang-orang melayu Pasir Puteh. Tidakkah lebih baik jika PERKASA Pasir
Puteh terus mengambil sikap dan tindakan ‘menyatukan’ sahaja diri mereka dengan
UMNO Pasir Puteh? Sekurang-kurangnya ‘kerjasama’ ini membolehkan PERKASA Pasir
Puteh mendapat nasihat atau pandangan untuk merancang dan menjalankan apa-apa
aktiviti atau program yang berfaedah untuk kepentingan orang-orang melayu
kerana UMNO sendiri pun adalah sebuah parti orang-orang melayu juga.
Sebab
itulah juga saya telah membuat cadangan supaya pertemuan dibuat segera diantara
kepimpinan PERKASA Pasir Puteh dan kepimpinan UMNO Pasir Puteh. Pertemuan ini
adalah dengan tujuan mencari dan membina semangat kesepakatan supaya gerakerja PERKASA Pasir Puteh dibantu oleh UMNO
Pasir Puteh atau pun gerakerja UMNO Pasir Puteh dibantu oleh PERKASA Pasir
Puteh.
Saya
yakin kerjasama seperti ini tidak menyalahi perlembagaan PERKASA.
Begitu
jugalah perlembagaan UMNO.
Dari,
Wan
Ab Malek Bin Wan Noh
No
Ahli UMNO 03924693
Semerak.
No comments:
Post a Comment