Monday, 13 October 2014

Kuasa Politik

pagi ni saya ditanya
sejauh mana kuasa politik?
saya tak pandai nak jawab soalan tinggi2 macam ni
tapi saya jawab jugalah kerana tak nak hampakan harapan orang yang bertanya
mungkin dia rasa saya layak menjawabnya
saya pun kata gini
kuasa politik sangat besar
pertama
orang berebut nak jadi wakil rakyat
berebut dan lobi pula nak jadi menteri
berebut dan lobi nak jadi pm pun
kedua
bila ada kuasa politik ditangan
projek pembangunan pun boleh ditentukan sesuka hati
contoh
dulu pelabuhan tak sesuai dibina di gebeng kuantan
yang sesuai ialah di teluk kalong kemaman
tapi arwah tun razak nak juga ianya dibina di gebeng
orang puteh pun bagitau
kalau nak buat juga di gebeng
kos tambahan banyak
arwah tun tanya berapa?
orang puteh jawab
'about fifty million'
(pada awal 70'an 50 juta pun sudah banyak)
arwah tun kata
'no problem, just do it'
satu lagi contoh ialah jeli
tengok pembangunannya
sampai kolej komuniti pun ada dua
lepas tu tengok pula pasir puteh
apa ada?
padahal apa kurangnya pasir puteh berbanding jeli?
pasir puteh tidak pernah membangun kerana tiada menteri
cuba bayangkan jika pasir puteh ada menteri
seperti yang dimahukan oleh 'cikgu azmi menteri' itu
ringkas kata
itulah sebabnya kelantan masih ketinggalan
lebuhraya pun takdak
akibatnya anak2 kita yang pulang berhariraya ambil masa 16 jam baru sampai rumah dari kl
kuasa politik boleh mengubah segala2nya
kuasa politik yang sepatutnya menjadi kuasa rakyat

No comments:

Post a Comment