Wednesday, 22 October 2014

Ceper Dacing dan Bulatan Bulan

bagi saya lambang dacing sebenarnya molek bahkan islamik pun
sebab ianya melambangkan sesuatu yang dibuat timbangan esok hari
sebelah ceper untuk pahla
sebelah ceper lagi untuk dosa
esok seumpama dacing inilah yang akan digunapakai untuk buat timbangan
kalau berat dan senget alik ceper pahla
masuk syurga
kalau berat dan senget alik ceper dosa
masuk neraka
maka lambang dacing boleh dijadikan peringatan kepada orang2 islam malaysia
supaya sentiasa tengok dan ingat hari pertimbangan esok
saya nak cadangkan ditambah masuk maksud ini dalam manifesto BN
unsur dakwah pun ada juga bagi menarik parti2 komponen lain
sementara lambang bulan pun molek dan islamik juga
bulat dan puteh bermaksud fokus dan kekal
kerana pusingan mengikut 'circumference' bulatan itu tidak akan putus2
melambangkan kehidupan yang kekal abadi esok hari
saya nak cadangkan supaya lambang bulat itu ditambah dengan 'lining' untuk 'circumference'nya
sebab itulah juga saya tetap mahukan supaya
dacing dan bulan disatukan
kerana kedua2nya 'islamik' pun




No comments:

Post a Comment