sebelah rumah saya ialah kampong siam
di dalamnya ada ketik kedua terbesar dalam kelantan selepas tumpat
di dalam ketik ini selalu diadakan majlis keagamaan mereka
maka ramailah yang datang dari seluruh negeri
saya selalu berulang alik keluar ke pekan semerak melalui jalan di hadapan pintu masuk utama ketik ini
apa yang mengkagumkan saya ialah
pertama
orang2 siam ini kuat buat kerja secara muafakat
semua orang kampong akan keluar bergotong royong membersihkan kawasan setiap kali hendak diadakan acara besar keagamaan mereka
mereka tidak ambil peduli tentang perbezaan sokongan dalam politik semasa pilihanraya
orang2 kita tidak seperti itu
ramai yang terbawa2 dan berpecah belah sehingga ke dalam urusan keagamaan
kedua
ketik mereka hanya satu sahaja dan besar atau luas kawasannya
maka ini bermakna tempat ibadat inilah sahaja yang menjadi tumpuan mereka
tidak ada lagi lain2 tempat sepertimana kita ada terlalu banyak madrasah di merata tempat
kadang2 sangat berdekatan dan tidak tahu mana satu azan yang hendak dijawab
orang kelantan panggil 'berselewae'
inilah bezanya orang siam berbanding dengan orang kita
No comments:
Post a Comment