Friday, 29 August 2014

MAS dan Pemulihannya


  • Red Judge MAS kena kurangkan layer of its management supaya cepat buat keputusan.

    Ambo biasa buat kerja dengan staff MAS ni. Lambat buat keputusan. Terlalu banyak karenah birokrasi. Takut kepada audit. Buat kerja ikut buku.

    Ia dah jadi gajah yang sukar untuk berjalan. Bila sukar untuk berjalan, macam mana nak berlari? Macam mana nak berlari sambil melompat seperti kuda yang tangkas?

    Pada awal tahun 2008, ambo naik flight ambo ke London di Changi Airport, Singapore. Ambo tengok aircraft Airbus A380 kepunyaan Singapore Airlines. Maknanya Singapore Airlines dah guna aircraft ni.

    Malaysia Airlines dapat guna Airbus A380 pada July 2012. Lebih empat tahun lebih lewat dari Singapore airlines. Penumpang lebih dulu rasa pesawat Singapore Airlines dan mereka lebih cenderung untuk guna Singapore Airlines.

    Kalu ambo jadi CEO MAS, langkah pertama ambo akan buat adalah kurangkan lapisan pihak pengurusan ini. Biar staff from the ground dapat access terus kepada top management untuk selesai masalah dengan cepat.

    Kedua, simplify process of work untuk speed up work activities. Bila mudah nak buat kerja, ia akan menggalakkan pekerja untuk buat kerja. Bila process kerja sukar dan lambat, bukan sahaja pekerja jadi malas bahkan pihak pengurusan pun jadi malas jugak nak buat kerja.

    Akhirnya masalah tak selesai.

No comments:

Post a Comment