kejadian
runtuh di tapak projek mrt yang mengakibatkan 3 pekerja bangladesh maut
amat memilukan kita apabila konkrit seberat 390 metrik tan menimpa
mereka
saya lama juga dalam bidang pembinaan termasuk juga di tapak
projek pembinaan LRT awal2 dulu di kuala lumpur iaitu dengan syarikat
strikvest
pada masa itu kontrak2 besar hanya dikendalikan oleh kontraktor asing terutamanya dari eropah
begitu juga projek pelabuhan kuantan yang di gebeng
dan projek hidro pergau
saya bekerja di ketiga2 tapak projek itu dengan main kontraktor dan
amat tahu bagaimana kontraktor2 eropah ini mengambil perhatian yang
sangat serious dan berat serta utama mengenai safety and health di tapak
projek
tidak sepertimana kontraktor2 tempatan kita dimana banyak kes berlaku akibat kecuaian dan rasuah keatas SO projek
selain daripada itu
kualiti kerja pun sangat tinggi dengan mematuhi segala yang telah ditetapkan dalam drawings dan specifications
sebab itu tidak banyak NCR keatas projek2 yang dikendalikan mereka
saya cadangkan kita balik semula kepada mereka
walaupun mungkin bidaan mereka lebih mahal
namun faktor keselamatan dan kualiti kerja terjamin
No comments:
Post a Comment