Monday, 25 August 2014

Jenayah Pecah Rumah Di Semerak

di semerak jenayah pecah rumah semakin menjadi2
semalam rumah sepupu saya sendiri telah dipecah masuk dan nilai kerugian keatas harta benda yang lesap dianggarkan belasan ribu ringgit
sebelum itu rumah saudara saya sendiri juga dipecah masuk semasa beliau dan isterinya ke kuala lumpur
banyaklah lagi rumah2 lain menjadi mangsa
semua rumah2 ini adalah rumah2 yang besar kepunyaan orang2 yang berniaga dan bergaji besar
saya tidak mahu menyalahkan pihak berkuasa polis dalam hal ini
kerana saya tahu jumlah keanggotaan polis semerak sangat jauh dari mencukupi
yang saya sedikit terkilan ialah
ada KRT yang dirasmikan oleh pengarah JPNIN secara besar2an tetapi nampaknya fungsinya tidaklah sebesar perasmiannya
sepatutnya KRT boleh membantu memainkan peranannya dalam mengurangkan gejala pecah rumah ini
barangkali inilah juga akibatnya apabila masyarakat hidup dengan berpecah belah melalui dua parti terbesar orang2 melayu iaitu umno dan pas
sedangkan matlamat untuk mengurangkan jenayah harus melalui sumbangan oleh semua pihak sebagai sebuah masyarakat yang bersatu padu
apa yang dibuat oleh umno tidak akan disertai oleh orang2 pas
pemimpin pas pula apabila dicadangkan supaya dibuat krt sendiri secara berasingan tetapi bekerjasama dengan umno dalam perkara keselamatan tidak pula mahu melaksanakannya kecuali menyatakan persetujuan sahaja
saya harap perkara keselamatan rumah dan harta benda orang ramai mula diberikan perhatian yang lebih serious oleh kedua2 kepimpinan dua parti ini
janganlah menunggu sehingga rumah anda sendiri dipercah masuk dan mengalami kerugian yang banyak baru hendak berbuat sesuatu secara bersama

No comments:

Post a Comment