Tuesday, 19 August 2014

Bulan Kemerdekaan dan Jalur Gemilang


hari2 kita mendengar dan baca serta tonton
bermacam2 cerita
ada cerita ekonomi
ada cerita perang
ada cerita kemalangan
ada cerita kematian
ada cerita jenayah
ada cerita kejayaan
ada cerita kahwin
ada cerita cerai
dan berbagai2 cerita lagi
melalui paper
atau radio
atau tv
atau fb
dan media2 lain
termasuk media kedai kopi
namun
semua cerita2 itu sudah tidak lagi sepenting satu cerita istimewa
iaitu cerita politik
kerana di mana2 pun
dari pagi sampai petang
dari petang sampai malam
dari malam sampai pagi balik
semua orang bercakap tentang politik
semua orang menulis juga tentang politik
semuanya berpunca kerana suasana negara kita aman sebenarnya
cuba bayangkan apa yang orang akan bercerita
jikalau negara tidak aman?
jikalau negara hari2 diserang musuh yang berjiran?
jikalau hari2 anak2 kecil dan orang2 tua dibunuh kejam?
jikalau hari2 bangunan rumah dan harta benda dihancurkan oleh peluru dan bom?
jikalau hari2 rakyat negara ini menderita tanpa makanan dan ubat2an?
jikalau hari2 ibu mencari anak dengan meraung2?
jikalau hari2 rakyat negara ini menagih simpati orang luar supaya membantu?
sudah tentu topik politik menjadi tidak penting lagi
kerana apa yang penting ialah nyawa dan tanah air
oleh itu
marilah semua rakyat malaysia
mensyukuri nikmat keamanan yang masih berbaki ini
naikkanlah jalur gemilang di kediaman anda seperti saya
tanda bersyukur kita menjadi rakyat malaysia
kerana harga sehelai jalur gemilang hanyalah RM4.00 sahaja
sedangkan keamanan tidak ternilai harganya

kalau pun tidak mahu menghayatinya
sekurang2nya hargailah ia
dimana bumi dipijak
di situ langit dijunjung

No comments:

Post a Comment