Makluman Khas:
Saya sepatutnya tidak lagi menerbitkan sebarang artikel selepas artikel
terakhir saya sebelum ini. Namun, beberapa orang sahabat saya di Kuala Lumpur
telah menghubungi saya dan merayu supaya saya terus menulis lagi. Mereka
berkata, blog saya ini sudah popular dan jika saya berhenti menulis, mereka pun
tidak akan mendapat apa-apa maklumat tentang politik Pasir Puteh lagi kecuali
dari sumber-sumber lain yang tidak menarik dan meyakinkan. Oleh itu, mereka
semua merayu supaya saya terus menulis walaupun isu yang ditulis itu kecil
kerana yang dipandang kecil itu, kadang-kadang itulah ‘ubat’ kecil yang dipandang
ringan tetapi mampu menyembuhkan penyakit. Selain daripada itu, sikap ‘non-partisan’
yang telah saya ambil itu sebenarnya adalah lebih baik bagi saya untuk menulis
kerana saya boleh menulis secara lebih terbuka dan bebas.
Mungkin pendapat kawan-kawan saya ini betul. Saya sememangnya merasa
lebih lega dan bebas menulis apabila saya mengamalkan sikap ‘non-partisan’ ini.
Saya tidak lagi menyokong atau menentang mana-mana parti politik. Apa yang
betul saya akan berkata betul, apa yang tidak saya akan berkata tidak untuk
terus menulis ‘without fear and favour’ terhadap mana-mana pihak. Bahkan saya
yakin sikap saya ini sebenarnya lebih mulia berbanding dengan sikap sebagai
seorang ahli parti kerana saya meletakkan kepentingan ‘perpaduan’ orang-orang
melayu mengatasi kepentingan kepartian. Sebab itu saya selalu menekankan
didalam banyak tulisan saya tentang betapa pentingnya agenda perpaduan orang-orang
melayu melalui dua parti terbesar orang-orang melayu iaitu UMNO dan PAS mula
diusahakan secara bersungguh-sungguh oleh kepimpinan kedua-dua parti ini kerana
itulah sahaja jalan yang ada untuk mengembalikan semula kekuatan politik
orang-orang melayu.
Walau bagaimana pun, kawan-kawan saya telah meminta supaya saya menyentuh
tentang perkembangan semasa iaitu tentang pemilihan UMNO kerana inilah isunya
buat pada masa ini.
Insya Allah, artikel saya seterusnya akan menyentuh tentang perkara
ini.
Salam Silaturrahim
Drp
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
Semerak.
No comments:
Post a Comment